Mengapa Anda Perlukan Dana Kecemasan ?

 

Dana kecemasan ini diperlukan apabila anda terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diduga secara tiba-tiba. Situasi yang bagimana? Sebagai contoh, tiba-tiba motosikal anda rosak, tayar pancit, bencana alam ataupun anda jatuh sakit yang memerlukan jumlah wang yang banyak.

Jadi, dana kecemasan bertindak sebagai pelindungan untuk perkara-perkara sebegini. Barulah simpanan anda yang lain tidak akan terjejas.

                         

Dana kecemasan ini juga adalah sesuatu yang mudah untuk anda keluarkan atau gunakan apabila terlibat dengan kecemasan. Ia tidak sama jika anda terlibat dengan pelaburan yang mana akan menyukarkan proses pengambilannya.

Anda mungkin boleh menyimpan dana kecemasan ini dalam tabungan biasa ataupun hanya di dalam bank. Tapi pastikan anda sentiasa memasukan jumlah yang sama setiap bulan agar dapat menambah jumlah pelindungan anda ini.



Kelebihan miliki dana kecemasan.

i. Tidak bergantung kepada pinjaman: Dengan dana kecemasan yang ada, tidak perlu lagi bergantung pada pinjaman apabila anda memerlukan wang tunai segera ketika menghadapi masalah yang tidak dijangka. Anda mesti sudah sedia maklum bahawa pinjaman mempunyai kadar faedah yang tinggi.

ii. Mengekalkan rasa hormat diri: Anda tidak perlu bersusah payah membuat pinjaman atau yang paling penting, tidak perlu menebalkan muka meminta wang pada rakan dan keluarga. Jika kita mempunyai dana kecemasan yang mencukupi, kita boleh mengawal semuanya.

iii. Kebebasan: Jika anda mahu mengejar sesuatu yang anda impikan atau ingin merantau ke tempat yang ingin dikunjungi, ya, inilah peluang anda! Anda perlu mempunyai dana kecemasan kerana ia akan memberikan kebebasan kewangan dan membantu anda meneruskan impian tadi.


Cara membina dana kecemasan:

Memulakan dana kecemasan mungkin kelihatan sukar, tetapi terdapat langkah praktikal yang mudah yang boleh anda mulakan:

1. Mengutamakan perbelanjaan anda.

Memutuskan jumlah tertentu yang boleh diketepikan setiap bulan selepas mengambil kira semua perbelanjaan bulanan termasuk pembayaran balik pinjaman. Masukkan wang yang disimpan ini setiap bulan dalam dana kecemasan dan jangan difikirkan lagi.

2. Gunakan aplikasi belanjawan.

Anda juga boleh bergantung pada teknologi untuk mengutamakan perbelanjaan. Aplikasi belanjawan seperti BNM My Tabung membolehkan anda menetapkan perbelanjaan dan menjejak secara teliti perbelanjaan yang dibuat. Bagi mereka yang ingin mempunyai cengkaman yang mantap pada perbelanjaan kad kredit, Fast Budget adalah suatu aplikasi yang sangat membantu. Aplikasi MoneyLover untuk pengawasan anggaran dan perbelanjaan yang lebih terperinci dengan pelbagai alat kewangan yang lebih luas.

3. Jimat wang secara automatik.

Azam seseorang individu itu perlu kuat untuk jimatkan duit, tapi kebanyakannya tidak konsisten. Jika anda memiliki kekurangan ini, automasi wang simpanan adalah pilihan terbaik. Dengan mengautomasikan arahan tetap untuk membuat pemindahan wang bulanan, anda boleh mengepam peratusan tertentu daripada gaji bulanan ke akaun bank berasingan untuk tujuan menabung.

4. Memperluaskan sumber pendapatan.

Cari sumber pendapatan lain untuk meningkatkan dana bulanan; anda boleh menjadi tutor atau pemandu separuh masa (Grab) atau bahkan mengambil bahagian dalam kaji selidik (online survey) dalam talian. Wang tambahan yang anda dapati akan memberi perbezaan yang besar.

5. Simpan secara drastik untuk tempoh yang lebih pendek.

Kalau mampu anda boleh pilih pendekatan yang lebih agresif. Tetapkan sasaran simpanan dan kurangkan perbelanjaan anda secara drastik untuk tempoh yang singkat. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan sasaran untuk menyimpan 50% daripada jumlah pendapatan bulanan selama 1 tahun.

6. Masukkan bonus ke dalam dana kecemasan.

Bonus bukan hanya bertujuan untuk perbelanjaan mahal seperti kereta baru atau bercuti. Mendapat bonus juga boleh menjadi peluang yang baik untuk meningkatkan dana kecemasan anda. Masukkan keseluruhan bonus tadi ke dana kecemasan anda sehingga sasaran dipenuhi, dan tunggu bonus seterusnya untuk membeli kereta. Percayalah, anda tidak akan menyesal dengan keputusan ini.

7. Mempelbagaikan tabung simpanan.

Akaun simpanan adalah pilihan yang baik untuk mengekalkan dana kecemasan anda kerana kecairannya. Terdapat juga banyak akaun tabungan faedah yang boleh anda pertimbangkan untuk meningkatkan simpanan.

Jangan terlalu memandang ringan akan dana kecemasan ini. Apabila anda terlibat dengan perkara yang tiba-tiba pasti anda akan berasa sangat beruntung miliki dana ini.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen