Bila Dapat Gaji, 6 Perkara Ini Suami Perlu Lakukan Terlebih Dahulu.

 

Selalu rasa gaji anda tidak mencukupi setiap bulan? Bahkan belum tiba hujung bulan anda sudah mula mencatu makanan anda. Cuba anda belajar bersukur dengan apa yang ada malah belajar berjimat dengan wang yang ada. Kalau anda tak lakukan perkara itu, duit banyak mana pun akan habis juga.

Kewangan yang stabil sememangnya menjanjikan sebuah keselesaan hidup pada rutin harian seseorang, tapi jika anda mampu menguruskan kewangan anda dengan baik, ia juga pasti akan menimbulkan keselesaan pada kehidupan anda.

Jika anda seorang suami, lakukan tugas-tugas anda sebagai seorang suami malah jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang anak untuk memberkati kehidupan anda. Sedikit perkongsian yang boleh anda ikuti dari Tuan Haji Razli Ramli, mana tahu ia dapat membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih bijak selepas ini.



6 nasihat yang anda boleh ikuti.

1. Beri sebahagian gaji kepada ibubapa.

Ingat tu para suami yang masih mempunyai ibubapa, selagi mana ibumu masih hidup; utamakanlah ibumu dari segala aspek. Keberkatan yang akan diperoleh tersebut amatlah besar nilainya.

Apa salahnya kita membalas jasa baik ibubapa dengan mengasingkan sebahagian daripada duit gaji yang diterima setiap bulan dengan bersedekah kepada ibubapa.

Yakinlah bahawa “Syurga Itu Terletak Di Bawah Tapak Kaki Ibu”.

2. Beri sebahagian gaji kepada isteri.

Seterusnya, bagi yang telah berumahtangga – beri sebahagian gaji anda kepada isteri; walaupun isteri anda bergaji lebih besar.

Ini kerana, bukan isu besar atau kecil nilai wang tersebut, tetapi ia pastinya menggembirakan isteri anda. Dan isteri yang bahagia, menjadi asas kepada keluarga bahagia. Keluarga bahagia pula akan membuat anak-anak anda membesar di dalam persekitaran yang positif, dan hasilnya insyaAllah positif.

Barulah betul, “Rumahku Syurgaku”.

3. Simpan untuk masa depan anak-anak.

Anak-anak merupakan amanah daripada Allah, dan mereka ibarat kain putih dan terpulanglah kepada kita untuk mencorak masa depan mereka.

Tetapi tahukah anda, kos perbelanjaan untuk belajar di institusi pendidikan tinggi semakin meningkat dari setahun ke setahun? Ibubapa mana yang tak nak anak mereka berjaya?

Oleh itu, mulakan simpanan daripada sekarang. Tak tahu nak simpan kat mana? Kita ada banyak pilihan. Antaranya menyimpanlah di SSPN-i Plus. Tapi sebelum itu, ambil tahu apa 5 Kelebihan Utama SSPN-i Plus Yang Wajib Ibu Bapa Tahu.

4. Bayar hutang.

Hidup pasti tidak tenang, selagi ada hutang. Hutang pula boleh dikategorikan kepada hutang baik dan hutang tidak baik.

Hutang baik – wang yang anda dapat daripada pembiayaan Islam pada kadar yang rendah di mana anda boleh mendapat pulangan yang lebih tinggi. Contohnya seperti membeli rumah.

Hutang tidak baik pula, wang kita dapat daripada pembiayaan Islam, tetapi pulangannya rendah – atau lebih teruk lagi, ianya menyusut nilai saban tahun. Contohnya seperti hutang kad kredit dan hutang beli kereta.

Cepat-cepatlah selesaikan. Boleh tidur dengan lebih nyenyak bila tahu yang anda tidak berhutang pun dengan sesiapa.


5. Perbelanjaan harian.

Perbelanjaan harian ini bermaksud apa-apa sahaja yang perlu untuk meneruskan kehidupan dari sehari ke sehari. Contohnya duit makan minum, duit minyak dan duit belanja anak sekolah.

Perlindungan takaful atau medical card turut tersenarai sebagai perbelanjaan harian. Bagaimana nak bayar untuk kos perubatan anda dan keluarga anda nanti? Orang yang bijak akan melanggan medical card daripada mana-mana syarikat takaful supaya tidak menanggung bil perubatan yang mengejut satu hari nanti.

6. Pelaburan.

Terakhir sekali, barulah anda gunakan duit lebihan untuk melabur.

Boleh guna konsep High Risk, High Return, bergantung kepada toleransi anda terhadap risiko. Kalau rasa cukup dengan 6%-8%, bolehlah simpan di dalam ASB. Nak lebih sikit, boleh keluarkan duit daripada EPF dan masuk ke dalam Unit Trust. Nak lebih tinggi, belajar-belajarlah melabur saham di Bursa Malaysia.

Apa-apa pun, jangan sekali-sekali terpedaya dengan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal.

*Tips Haji Razli – kalau skim pelaburan tersebut tidak mempunyai trustee atau pemegang amanah, larilah jauh-jauh.

Jika anda mengamalkan 6 tips ini pasti hati akan lebih tenang dan lapang, malah hidup juga lebih diberkati jika anda menunaikan kewajipan sebagai seorang suami serta membahagiakan ibu bapa anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen