Hanya Bermodalkan Duit Yang Sedikit, Jom Lakukan 5 Kerja Ini Dari Rumah.

 

Pada masa kini, bagi mereka yang masih lagi belum memiliki kerja tetap memang sukar sebenarnya untuk mencari kerja yang diidamkan. Majoriti dikalangan kita hanya melakukan kerja yang luar dari bidang kerana terlalu banyak komitmen untuk diuruskan. Dan, orang yang tidak bekerja juga sentiasa dipandang rendah kerana beranggapan anda hanya menyusahkan kedua ibu bapa untuk menanggung makan minum anda.

Anda sendiri pasti berasa malu.

Jadi, mungkin anda mempunyai modal yang sedikit atau tiada modal pada permulaan. Apa kata lakukan beberapa kerja dari rumah sebagai langkah kecil untuk mencari rezeki. Antara kerja yang anda boleh lakukan adalah…

1. Freelance.

Freelance adalah kerja secara bebas dan tidak hanya kerja di pejabat sahaja. Kerja ini juga sebenarnya mempunyai masa yang sangat fleksibel kerana memerlukan kemahiran kreatif dari diri anda sendiri. Pekerjaan yang sesuai adalah seperti graphic designer, fotografi, menulis dan seumpama dengannya. Dengan memiliki laptop atau komputer, kemudian idea yang bernas mampu untuk menjana pendapatan juga.

2. Bakeri.

Jika anda seorang yang sangat gemar membuat bakeri, cuba lakukannya sebagai kerja sampingan. Mula-mula memang sukar untuk mendapat sambutan kerana ramai beranggapan bakeri yang anda lakukan mungkin tidak kena dengan selera mereka. Bagilah sedikit percubaan atau sample pada ahli keluarga terdekat, jiran dan kawan-kawan untuk dapatkan testimoni.

Daripada testimoni mereka, anda boleh adjust mengikut citarasa mereka. Jangan buat ikut citarasa anda sendiri pula. Ikut majoriti suka dengan rasa yang bagaimana, dengan kaedah ini anda mampu dekat dengan pelanggan, dan meraih keuntungan. Lama-lama, pasti akan ramai dekat dengan anda.

3. Jual Produk Makanan Orang Lain.

Situasi ini dinamakan ‘win-win situation’, anda tiada modal tapi anda tahu cara untuk memasarkan produk. Manakala rakan baik anda mempunyai kemahiran pandai memasak, tetapi tidak tahu cara untuk memasarkan produk. Anda berdua boleh jadi business partner dalam situasi ini.

Jadi, anda tolong memasarkan produk makanan rakan anda melalui sosial media supaya lebih meluas. Sosial media adalah kuasa viral pada zaman sekarang. Gunakan lah sosial media ke arah kebaikan dan keuntungan seperti ini!

4. Berniaga Online.

Anda sangat beruntung sekiranya anda mempunyai modal yang kecil, kemahiran diri dan tahu strategi untuk memasarkan produk sendiri. Jangan lepaskan peluang ini kerana anda tidak tahu berapa keuntungan yang anda akan dapat pada masa kini. Banyak aplikasi yang anda boleh gunakan untuk menjual produk anda seperti Mudah, Lelong, Carousell, eBay, Shopee dan sebagainya.

Malah, gunakan sosial media untuk memasarkan produk anda dengan lebih meluas lagi.

5. Dropship.

Anda juga boleh menjual secara drop ship. Iaitu menjadi ejen atau wakil penjual bagi sesuatu produk tanpa memerlukan anda mengeluarkan wang dan menghasilkan produk tertentu. Apa yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti produk yang mendapat permintaan tinggi di kalangan pembeli. Contohnya kain hijab edisi terhad, ejen buku, ejen makanan herba atau kesihatan dan lain-lain.

Dropship antara best step untuk anda belajar selok belok bisnes. Anda boleh mula jadi dropship untuk produk yang anda suka dan dah penah guna produk tersebut. Konsep Dropship masa kini amat popular di mana anda boleh lakukannya sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

6. Blogging.

Pada masa kini dah tak ramai dikalangan anak muda yang gemar menulis seperti blogging. Blogging amat popular sekitar tahun 2009, dan terdapat banyak cara untuk dapatkan duit dari blogging. Sekiranya penulisan anda menjadi viral dan popular, mana tahu ada sesebuah syarikat akan menjemput anda untuk menulis bagi sesuatu majlis.

Seperti Fashion, Travel, Masakan dan sebagainya.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen