Elakkan Membeli Belah Ketika Stress Dengan Mengikuti 10 Tips Ini.

 

Bagi kaum wanita, membeli belah adalah salah satu terapi untuk mengurangkan tekanan dan stress pada tubuh badan. Akan tetapi sekiranya terlalu leka membeli belah hanya semata-mata tekanan hidup, boleh jadi anda menjadi seorang yang boros.

Membeli belah yang terlalu mengikut nafsu akan menyebabkan anda membazir pada barang yang sebenarnya anda tidak patut miliki. Semuanya hanya kemahuan sahaja, bukan keperluan. Jika situasi ini sering terjadi pada diri anda, ubah gaya hidup anda dan mula merancang kewangan untuk mengelakkan kebocoran wang pada awal bulan.

Membeli belah dalam keadaan yang stress juga tidak elok untuk kesihatan kerana anda akan menjadi ketagih untuk membeli belah. Ia juga dipanggail Shopaholic!

Jadi, apa yang anda harus lakukan adalah:

1. Disebabkan tempat kerja anda berdekatan dengan kompleks membeli belah, sudah pasti selepas sahaja waktu pejabat, pasti tempat sebegitu menjadi persinggahan. Elak berkunjung ke tempat sepeti pusat beli belah yang punyai kebarangkalian anda akan mula berbelanja tanpa sedar terutama ketika bosan, sedih atau sangat gembira.

2. Aplikasi membeli belah di telefon bimbit anda memang sangat mempengaruhi minda anda untuk sentiasa membeli-belah. Install ketika betul-betul ada promosi hebat sahaja, seperti musim perayaan atau pada akhir tahun. Jika anda menyimpan aplikasi ini, anda akan sentiasa mendapat notification yang akan menyebabkan anda tersekat melihat aplikasi itu sahaja.

3. Selain itu, berhenti dan batalkan sahaja menerima katalog beli-belah yang dihantar melalui emel ataupun notifikasi tawaran dari gedung beli-belah di telefon bimbit anda.

4. Di samping itu, anda perlu menetapkan matlamat seperti pergi bercuti pada hujung tahun sahaja bersama tersayang. Jadi setiap kali anda di kedai dan punyai keinginan untuk membeli sesuatu yang tidak perlu, anda pasti akan fikirkan untuk simpan duit tersebut untuk percutian itu.

5. Cuba asingkan duit belanja yang diperuntukkan untuk perbelanjaan harian. Masukkan dalam sampul surat untuk belian runcit, bil dan keperluan peribadi. Jika masih ada lebih dalam sampul barulah anda boleh membeli sesuatu ekstra yang diingini.

6. Bawa duit secukupnya ketika memberi barang keperluan harian. Jika bawa lebih, kebarangkalian anda akan membelanjakannya.

7. Elak berkunjung ke pasaraya dalam keadaan lapar kerana ia akan mendorong anda membeli lebih barang makanan dari sepatutnya.

8. Bawa senarai barang yang ingin dibeli, selain memastikan anda tidak lupa ia juga memastikan anda tidak “lari” dari barang yang diperlukan sahaja.

9. Tabungkan duit syiling. Lakukan sebaik saja anda sampai rumah dengan mengosongkan tas. Lama kelamaan ia akan banyak dan boleh mencecah ratusan ringgit untuk dibelanjakan.

10. Belian berkualiti sebenarnya lebih menjimatkan anda untuk jangka masa panjang. Jadi jangan kedekut untuk memilih belian atau khidmat yang bagus daripada menyesal kemudian nanti.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen