Ais Kuib Bantu Merawat Wajah Anda Yang Kusam, Jom Cuba.

 

Wanita sentiasa mementingkan kecantikan dan penampilan diri mereka. Sebab itulah apabila kulit mula kering, mala kelihatan sembab ataupun makeup tak tahan lama akan menimbulkan kebimbangan buat diri mereka.

Ramai yang sudah tahu akan kehebatan ais kuib ini, tapi ada sahaja yang masih was-was akan kegunaan ais kuib ini. Banyak rupanya kebaikan yang anda perolehi daripada penggunaan ais kuib pada wajah anda ini.

Selepas ini tak payahlah mencuba pelbagai petua dan tips untuk kekalkan kecantikan pada wajah anda. Cuba sahaja ais kuib ini, anda pasti puas hati dengan kesanya.



1. Merawat masalah jerawat.

Jerawat ialah musuh utama untuk kulit wajah terutama bagi kaum wanita. Kewujudannya pasti tidak disenangi pada wajah anda. Ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada wajah. Selain itu, ais juga boleh mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan serta membantu mengecutkan jerawat anda.

                                                    

2. Mengecilkan liang pori pada wajah

Ais boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori yang besar pada wajah. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil pada wajah anda untuk mengurangkan saiz liang pori sebelum anda menggunakan alat solek. Ia bagi membantu mengurangkan jumlah bahan kimia daripada meresap ke dalam kulit.

3. Mengurangkan mata yang sembap.

Mata yang sembap boleh berlaku akibat masalah kurang tidur atau terlalu stress. Ambil beberapa ketulan ais batu dan bungkus dengan tuala. Gosok secara perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan kesan yang menenangkan di bahagian mata anda.

                                                   

4. Mengembalikan kesegaran wajah.

Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik ia akan meningkatkan peredaran darah. Dengan itu, ia akan menimbulkan kesan sejuk yang bantu menyegarkan kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.

Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda dengan menekapnya pada wajah. Atau, letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekapkan pada wajah anda.


5. Melancarkan peredaran darah.

Gosok ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama satu minit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala.

Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan dengan kerap setiap hari iaitu tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

Mungkin selepas ini anda boleh mengekalkan kesegaran dan kecantikan wajah dengan mudah tanpa memerlukan sebarang kos yang tinggi. Jika anda mempunyai petua kecantikan lain, jom kongsikan bersama kami.

                                                   

6. Membantu menghilangkan parut.

Bila jerawat mula hilang, masalah parut pula tiba. Parut jerawat adalah antara parut yang susah dan mengambil masa untuk hilang sebenarnya. Mesti anda tidak mahu wajah anda ada parut jerawat yang kehitaman bukan? Kalau tidak mahu untuk menggunakan bahan kimia atau produk penjagaan kulit kerana khuatir reaksi berbeza, anda boleh gunakan ais kiub. Ambil seketul ais kiub dan ratakan di atas kulit wajah selama 10 minit dan biarkan air meresap masuk ke dalam wajah.

7. Meredakan ‘eyebag’.

Bagi ibu atau wanita yang bekerjaya dan mempunyai keluarga, mesti waktu tidur selalu tidak cukup. Lalu, masalah ‘eyebag’ pun timbul. Selain dari mendapatkan tidur yang cukup untuk menghilangkan ‘eyebag’, anda juga boleh gunakan ais kiub. Caranya dengan menggunakan air rose yang dicampur dengan timun, bekukan di dalam bekas ais, dan setelah menjadi ketulan ais anda hanya perlu letak dan usap kawasan bawah mata untuk menghilangkan ‘eyebag’ tersebut.

8. Mengurangkan kulit berminyak.

Kulit berminyak adalah salah satu perkara yang mengerikan buat kaum wanita. Jadikan untuk mendapatkan kulit yang gebu tanpa sebarang minyak, anda tak perlulah lagi menggunakan produk yang mahal. Gunakan sahaja ais kiub. Ais kuib dapat membantu mengawal kuantiti minyak yang dihasilkan di kulit wajah kita. Amalkan untuk menuam kulit wajah dengan ais kiub setiap minggu supaya kurang minyak di wajah dan anda akan tampil cantik selalu.

                                                         

9. Makeup lebih tahan lama.

Liang pori dan besar boleh menyebabkan makeup yang dipakai tidak tahan lama. Selain dapat mengecilkan liang pori supaya dapat menghilangkan jerawat, ais kuib juga dapat menjadikan makeup lebih tahan lama! Oleh itu,sapukan ais kiub dahulu di serata wajah sebelum meletakkan makeup di muka. Jadi, anda tak perlu asyik menambah bedak lagi kerana makeup yang dipakai pada waktu pagi sudah tahan lama.

Selamat mencuba!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen