Penggunaan Contact Lens Dengan Betul, Silap Langkah Ia Akan Memudaratkan Mata Anda.

 

Penggunaan contact lens atau kanta lekap ini bukanlah satu perkara yang asing lagi buat rakyat Malaysia. Di mana sesetengah mereka yang menggunakan contact lens ini kerana rabun, ataupun sekadar hanya untuk tambil lebih yakin dengan penampilan diri masing-masing.

Namun begitu, jika ia tidak digunakan dengan berhati-hati, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada mata anda. Mana tidaknya, mata adalah sangat sensitif dan jika tidak dijaga dengan betul anda mungkin tidak mampu melihat keindahan dunia ini lagi.

Ramai yang pandai guna tapi tak beri perhatian dari segi kebersihan serta penjagaan mata boleh mengakibatkan masalah mata dan boleh menyebabkan buta tau.



                          

Cara memakai kanta lekap dengan betul:

1. Sebelum pakai CL, tangan kena cuci betul-betul, seeloknya guna air sabun dan bilas cuci. Kalau rasa pedih-pedih cuci balik CL. Mungkin masih ada bulu-bulu degil yang melekat ditangan.

2. Lepas letak CL dalam mata, titis air Renu khas utk mata bercontactlens. Botol dia sama dgn botol eye glo/eye more.

3. Biasa kita dengar pakai CL maximum 8jam. So lepas balik dari kenduri cepat-cepat buang, cuci dan rendam dalam bekas CL balik.

4. Air Renu/apa-apa brand untuk rendam CL wajib ada . Jangan sesekali guna air paip. Ingat tu ! Air paip takkan sama dengan air CL.

5. CL hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci CL ada caranya, bilas dgn air CL paling kurang 3x.

6. Bila CL dah ditanggalkan, jangan biar mata mcm tu je, Titiskan dulu dengan Eye Glo. Supaya mata tak merah dan kering. (Sy pakai botol kaler purple) kalau mata rasa pedih-pedih sampai berair tu tandanya sebelum tu awak dah bedal sambal belacan. Memang susah hilang kat tangan walaupun dah basuh dengan sabun.

           



Cara-cara mengurangkan risiko penggunaan kanta lekap:

1. Masa tidur.

Elakkan dari menggunakan contact lens semasa tidur. Tidur bersama contact lens boleh menambahkan risiko jangkitan pada kornea mata. Kanta sentuh tidak patut dipakai melebihi 10-12 jam sehari.

2. Ketika berenang.

Menggunakan contact lens ketika berenang bukanlah satu tindakan yang bijak. Kolam renang dan air paip mengandungi pelbagai mikroorganisma (organisma halus yang hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop).

3. Kebersihan.

Pengguna kanta lekap perlu berdisiplin dalam penjagaan terutama aspek kebersihan:

i. Jangan pakai contact lens di dalam bilik air. Tempat yang lembab dan basah, merupakan tempat pembiakan mikroorganisma.

ii. Lepas cuci tangan, jangan terus pakai contact lens tu. Pastikan tangan kering sebelum anda menyentuh contact lens itu.

iii. . Gunakan cecair pencuci khas untuk mencuci contact lens tersebut. Semasa membersihkan contact lens, pastikan anda menggosok contact lens tersebut dengan tapak tangan untuk menanggalkan kekotoran yang melekat. Rendam dengan cecair sahaja tidak mencukupi untuk membersihkannya.

Jangan hanya merasakan lawa apabila dipakai sahaja, anda juga perlu tahu akan bahaya kanta lekap ini jika tidak betul penggunaannya. Sayangi mata anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen