Produk Kecantikan Khas Buat Lelaki, Wanita Tak Boleh Guna Ke?

 

Kini bukan hanya wanita sahaja sedang sibuk menjaga kebersihan dan kecantikan kulit wajah. Malah rata-rata lelaki kini sedang sibuk berlumba-lumba mencari produk terbaik serta bersesuaian buat mereka. Bukan hanya itu, kaum lelaki kini juga sudah ramai yang mula berkongsi tips penjagaan kulit wajah mereka. Bahkan kulit mereka ini lebih halus dan lembut berbanding wanita. Ishhh, malunya.

Namun begitu, adakah wanita dan lelaki ini berkongsi satu produk yang sama untuk mendapatkan kulit muka yang sihat ini. Tapi ada juga sesetengah produk yang sememangnya mengkhaskan untuk orang lelaki sahaja. Jadi wanita tak boleh guna ke?

Seperti yang kita boleh lihat, lelaki mempunyai ruangan khas buat mereka untuk produk penjagaan kulit terpampang masker untuk kaum lelaki, serum dan sebagainya. Biasanya kita hanya nampak deodoran, minyak wangi atau krim mencukur sahaja.

                           



Lelaki dikatakan lebih suka menggunakan produk dari kaum wanita. Untuk menjelaskan lagi perkara ini, anda kena faham kebanyakan produk kecantikan tidak menyatakan produk ini untuk kulit wanita semata-mata. Tidak kira jantina apa sekalipun boleh guna.

Tetapi ada juga sesetengah jenama kononya hanya menformulasikan produk mereka untuk lelaki. Timbul persoalan seperti beza ke kulit lelaki dengan wanita? Ada ke bahan yang tidak boleh digunakan untuk kaum Adam dalam produk kaum Hawa?

Kulit lelaki lebih berminyak

Sebum minyak kulit lelaki lebih tinggi berbanding wanita, jadinya kulit mereka mudah dinaiki jerawat. Jika wanita suka produk yang melembabkan kulit tapi kaum lelaki gemar produk yang cepat menyerap dan tidak meninggalkan rasa berminyak. Senang cerita mereka mahu kulit terasa kering dan terasa ringan walaupun memakai krim.

Kandungan produk

Menurut dari pakar dermatologis Harold Lancer, epidermis (lapisan luar kulit) dan dermis (lapisan dalam kulit) lelaki tebal. Jadinya mereka memerlukan krim atau produk yang lebih tinggi dan pekat kandungannya.


Iritasi

Seperti yang kita tahu, masalah kulit yang dihadapi oleh wanita sentiasa dikaitkan dengan keadaan hormon. Tidak pula dengan kaum lelaki yang masalahnya datang dari perkara sekeliling seperti pencemaran, pemakanan dan kebersihan. Walaubagaimanapun lelaki mengalami masalah iritasi yang kerap dari kesan bercukur. Terutamanya pada mereka yang menyimpan jambang, misai atau janggut. Ini kerana mereka kadang kerap bercukur sehingga menjadikan kulit dibahagian berbulu kasar dan luka. Sebab itulah ada produk yang dikeluarkan khas untuk masalah iritasi selepas bercukur.

Bergantung pada kehendak

Lelaki dan wanita, ialah sememangnya individu dari dua dunia yang berbeza. Mereka mempunyai kehendak dan pendapat masing-masing. Kaum wanita kebanyakannya inginkan produk yang boleh mencerahkan kulit dan bagi mereka dengan menggunakan hanya 2 – 3 produk tidak cukup untuk menjaga kulit. Berbeza dengan lelaki yang mahu penjagaan yang ringkas dan cepat.

Kesimpulannya, tiada salah atau betul jika lelaki atau wanita ingin menggunakan produk apa-apa pun. Ianya hanya strategi pemasaran jenama dan menambah rangkaian produk. Paling penting ialah rutin dan bijak dalam memilih produk yang bersesuaian masalah kulit.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen