Antara Menu Sihat Untuk Bayi Dari Hanis Zalikha Yang Boleh Para Ibu Ikuti.

 

Para ibu yang paling risau dan pening apabila umur anak mereka menginjak ke 6 bulan kerana pada saat inilah bayi kecil perlu disajikan dengan makanan yang berkhasiat. Para ibu tidak boleh masak sembarangan untuk bayi kecil ini, kerana perut mereka masih sensitif bukan macam orang dewasa.

Jadi, seorang selebriti Hanis Zalikha, telah berkongsi antara menu makanan yang sihat untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas:

RESEPI 1: Nasi Lembik, Lobak dan Sup Jernih Ikan Bilis.

Cara Hanis Menyediakannya:

“Nasi lembik + sup jernih bawang ikan bilis tumis minyak zaitun + lobak (buat pegang dan gigit-gigit). Lobak dimasak sekali di dalam sup sampailah ia lembut. Kalau Yusuf makan brokoli pun sama cara memasaknya.”

RESEPI 2: Bayam yang distim, Cendawan Tumis dan Ayam.

Cara Hanis Meramunya:

“Hanis gunakan nasi + millets (lihat biji-biji kuning yang ada dekat nasi) + bayam yang distim + cendawan tumis + ayam + bawang.”

RESEPI 3: Nasi, Ayam Tumis Minyak Zaitun dan Kepingan Keju Nipis.

Cara Hanis Memasaknya:

“Nasi + ayam (ditumis terlebih dahulu dengan minyak zaitun) + edamame (direbus) + kepingan keju nipis (untuk rasa lemak masin). Anak-anak makan apa hari ini?”

RESEPI 4: Nasi, Ayam dan Brokoli.

Resepi Hanis:

“Pagi ini, first time nak bagi Yusuf makan mushroom and also for the first time ever, nak saute his food. Nasi + broccoli + ayam stim macam biasa. Mushroom je saute dengan minyak zaitun. Lepas itu campurkan bersama dan kisar halus.”

RESEPI 5: Nasi, Brokoli dan Batang Seleri.

Cara Hanis Menyiapkannya:

Nasi + ayam + brokoli + batang seleri, kesemuanya distim terlebih dahulu, kemudian dikisar. I loveeee celery in Yusuf’s food! Anak-anak makan apa hari ini?”

RESEPI 6: Serbuk Ikan Bilis Sangai.

Cara Hanis Menggorengnya:

“Chef Mommynis tengah sangai ikan bilis, nak buat serbuk ikan bilis untuk ditabur dalam makanan bayi. Akhirnya nak introduce rasa sedap-sedap sikit dekat Yusuf.

Cuma perlu kopek ikan bilis untuk buang tahi + basuh bersih + rendam seketika untuk kurangkan rasa masin. Kemudian toskan ikan bilis dan sangai di dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu, kisar halus dan simpan di dalam bekas pilihan.”

RESEPI 7: Nasi Tomato Versi Baby Yusuf.

Cara Hanis Meramu Nasi Ini:

“Ini Nasi Tomato versi bayi. Hanya perlu stimkan, kemudian kisar kedua-duanya. Anak-anak makan apa untuk tahun baru ni? ini soalan favourite sebab dapat banyak idea daripada mommies lain!”

RESEPI 8: Nasi Lembik, Brokoli dan Serbuk Ikan Bilis Buat Sendiri.

Kata Hanis:

“And this is my friend… the best meal in the world! Siap masa mengandung sempat mengidam dan masak ini lagi. Ni anak dah keluar pun duk masak lagi. Nasi + brokoli + serbuk ikan bilis untuk baby Yusuf dan Mommy (sikit)…”

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,193 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen