Makna Indah Di Sebalik Cincin Perkahwinan Yang Dipakai.

 

Memakai cincin perkahwinan setelah mendirikan rumahtangga ibaratnya sebagai bukti bahawa anda kini sudah menjadi milik orang. Tetapi tahukah anda ada makna lain daripada sebentuk cincin perkawinan. Bukan hanya sekadar simbol perkahwinan, ada makna lain daripada sebentuk cincin perkawinan yang perlu anda ketahui. Cincin perkahwinan adalah elemen yang menjadi simbol sebuah perkahwinan. Apakah anda tahu mengapa cincin dipakai sebagai simbol ikatan perkahwinan?

Jika anda tahu maknanya, anda akan lebih menghargai nilai sebuah perkahwinan yang telah dibina. Berikut makna cincin perkahwinan yang perlu anda ketahui.



1. Makna ikatan cinta.

Cincin adalah perhiasan yang menunjukkan kekuatan dan ikatan. Maka tidak hairanlah jika cincin perkahwinan adalah simbol daripada ikatan cinta. Jika anda mencintai seseorang, jangan pernah meletakkan namanya di dalam hati. Hal ini kerana hati kita boleh berubah-ubah. Letakkan nama si dia pada sebentuk cincin kerana cincin akan terus selamanya berputar tanpa pengakhiran.

2. Simbol saling melengkapi.

Sepasang cincin perkahwinan menjadi simbol untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kehidupan berumah tangga itu seperti roda yang berputar. Kadang-kadang manis, kadang-kadang pahit. Daripada semua hal itu, tinggal bagaimana pasangan ini menguruskannya. Seperti sebuah roda, cincin sama bulatnya dan sama berputarnya. Maka lihatlah cincin perkahwinanmu saat ada masalah. Ingatlah bahawa anda dan pasangan pernah merasa bahagia saat bersama.



3. Kebersamaan yang abadi.

Sejak zaman dahulu, cincin adalah perhiasan yang istimewa. Cincin adalah perhiasan yang menjadi simbol sebuah lingkaran yang tidak akan pecah atau hancur. Dalam banyak budaya yang percaya pada keabadian, cincin adalah simbol keabadian itu sendiri. Sedangkan bagi sepasang cincin perkahwinan, ia menjadi kebersamaan yang abadi dan komitmen yang tidak akan luntur.

4. Bukti cinta tanpa akhir.

Cincin perkahwinan telah lama menjadi simbol penyatuan dua jiwa. Mereka yang memakai cincin perkahwinan menunjukkan status mereka sebagai individu yang telah berkahwin. Ramai orang percaya bahawa cincin perkahwinan memiliki daya tarikan untuk membawa kemenangan dan keberuntungan. Di sebalik simbolik itu, memakai cincin perkahwinan adalah bukti cinta tanpa akhir dan sebuah komitmen. Jadi apakah sudah ada cincin perkawinan yang melingkar di jari manismu? Jika sudah ada, peliharalah perhubungan suci yang telah dibina sebagaimana anda menjaga cincin yang melingkar kemas di jari manismu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,001 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen