Berbelanja Seperti Tiada Hari Esok Tanda Anda Tidak Mampu Kawal Kewangan Dengan Baik.

 

Apabila tiba musim gaji sahaja, pasti akan ada jualan murahlah, tiba-tiba barang habis lah, tiba-tiba kasut dan beg idaman tengah sale lah. Itu semua adalah perkara biasa untuk menguji kekuatan anda dalam mengawal kewangan anda.

Tapi jika anda sentiasa mudah terperdaya dengan apa yang anda mahukan malah mudah mengeluarkan duit untuk barangan berjenama, maka anda tidak mampu mengawal kewangan dengan baik. Sikap boros dan suka berbelanja ini selalu diamalkan oleh anak muda yang masih tidak memikirkan apa akibatnya tanpa simpanan.



Menurut saudara Amir Syahir, tak dapat kawal kewangan dengan baik ni merupakan salah satu masalah besar bagi anak muda.

“Kau rasa kau normal, tapi kau berbelanja macam tiada hari esok.”

“Kau dah terbiasa dengan tabiat boros. Kau dapat gaji je berbelanja. Langsung tak nak menyimpan walaupun sedikit.”

Ramai yang berbelanja dahulu, selebihnya barulah menyimpan. Kalau ada lebih, simpan. Kalau takde baki, tak simpan. Sepatutnya kena simpan dulu selebihnya barulah berbelanja.

Ramai tak mampu menyimpan sebab terlebih belanja. Antaranya,

1. Beli tudung RM50 sehelai. Tudung kau pulak kena la sama dengan baju. Nak yang jenama Neelopa, Deduck, Freedada je. Kalau beli 10 helai dah RM500.

2. Beli kasut berjenama RM200. Kau spesies lipan kan. Mana boleh beli sepasang je. Sekurang-kurangnya kena ada 5-10 pasang kasut.

3. Beli beg tangan kena sama dengan kasut. Kalau beli yang murah cepat rosak katanya. Padahal segala tok nenek barang sumbat dalam tu. Mana la tak cepat rosak beg tangan kau tu. Satu beg tangan mahu harga RM300 lebih.

4. Terus angkat kereta baharu. Gaji RM2K+ beli kereta import zero downpayment. Ansuran bulanan hampir RM800-RM900. Campur kos minyak petrol dekat seribu habis untuk kereta saja.


5. Tiap kali dapat gaji nak makan tempat sedap. Rewards yourself kononnya. Kalau boleh kawal habis RM200 okay lah. Ini makan dekat kedai kopi mahal, tengok wayang lagi, beli awek beruang patung besar pulak tu. Entah-entah separuh gaji habis dalam masa sehari je.

6. Kalau buka Lazade, Zalore, ada je benda yang kau nak beli. Padahal kau dah ada barang tu. Kalau dapat gaji tak beli tak sah. Sampai abang posmen pun kenal muka kau.

7. Terus tempah hotel, tiket kapal terbang nak pergi travel. Padahal hutang member, hutang PTPTN, hutang peribadi dah lama tak bayar.

"Kau dah terbiasa dengan nafsu berbelanja serupa setan sebab kau dikelilingi dengan kawan yang perangai macam kau jugak. Jadi, kau akan anggap perkara tu normal. Dapat gaji, berbelanja. Shopping sana sini. Berbelanja ikut suka hati."

"Kau masa muda bawak-bawaklah beringat. Sebenarnya semua orang boleh menyimpan. Tak mampu simpan banyak simpan RM50 jadilah."

Jadi, keluarlah daripada zon selesa. Ikat perut sikit sementara masih bujang. Simpan dan melabur lah. Kau kena fikir masa depan juga. Kalau sikap kau masih berbelanja tak ingat dunia memang sampai tua la kau akan menyewa.

Tangguhkan kehendak buat seketika. Kalau ada kawan kau boros berbelanja, kau jangan tiru perangai dia. Mungkin dia gaji sama macam kau, tapi keluarga dia kaya.

Lepas lima tahun takde simpanan, mula la nak menyesal. Kah!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen