Antara Bukti Anda Adalah Seorang Anak Yang Sangat Menyayangi Kedua Ibu Bapa Anda.

 

Para ibu bapa memang mengidamkan anak-anak mereka menjadi penyayang dan bertanggung jawab apabila sudah besar. Sebab itu amat penting untuk ibu bapa mendidik anak dari kecil, dalam keadaan rumah yang nyaman dan tenang supaya didikan itu berkesan sehingga mereka menjadi dewasa yang berjaya.

Menjadi anak yang baik itu mudah, tetapi konsisten cara penjagaan terhadap ibu bapa itu yang sukar dilakukan kerana kekangan masa, dan perlu bekerja jauh dari kampung halaman. Namun, walaupun berjauhan pasti ada cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang pada ibu bapa melalui dengan panggilan telefon, akan tetapi perasaannya tidak sama dengan sentuhan.

Adakah kita anak-anak yang baik pada ibu bapa?

Adakah kita anak-anak yang sentiasa ingat pada ibu bapa?

Adakah kita anak-anak yang mampu menghargai kedua ibu bapa pada bila-bila masa?

Jom lihat antara bukti yang menunjukkan anda adalah seorang anak yang sangat menyayangi ibu bapa anda…

1. Bukan sahaja whatsapp, malam pun nak video call juga.

Jika orang luar melihat anda, pasti mereka beranggapan anda adalah seorang anak yang sangat manja atau clingy dengan kedua ibu bapa anda. Siang dah whatsapp, malam pun nak video call. Kalau tak video call, dengar suara melalui panggilan telefon juga sudah mencukupi. Anda tidak kisah digelar anak mak, atau anak bapak, kerana tanpa mereka hari-hari anda pasti tidak bersemangat tanpa mendengar berita daripada mereka.

2. Berada dimana sahaja, pasti mahu belikan sesuatu untuk ibu bapa.

Jika anda melancong, bercuti, atau terdapat kerja out station, anda pasti tidak lupa pada kedua orang tua dikampung halaman. Disamping sentiasa membuat panggilan telefon, anda juga sering membelikan sesuatu sebagai hadiah kepada mereka. Apalah sangat nak bagi pada mereka, semuanya anda mampu kerana anda memang tidak pernah berkira.

3. Sentiasa menolong ibu bapa, walaupun hal-hal kecil.

Anda memang seorang anak yang rajin dimana sentiasa menolong ibu dan bapa mengemas rumah. Setakat nak kemas rumah, semuanya mampu dilaksanakan. Beres! Cuci pinggan, memasak, basuh baju, lipat baju, mengurut badan ibu bapa ketika mereka keletihan, memotong kuku mereka dan sebagainya. Untung betul bakal jodoh anda kerana pasangannya memang benar-benar ringan tulang.

Bukan sahaja rajin, malah sangat family person.

4. Sebelum melakukan apa sahaja, mesti nak minta izin dari ibu bapa.

Anda juga tidak pernah membelakangkan kedua ibu bapa anda. Setiap perkara yang anda lakukan mesti minta pendapat dari mereka. Pendapat, nasihat dan teguran dari mereka adalah pembakar semangat untuk anda meneruskan kehidupan. Pergi kemana-mana juga, pasti mendapatkan keizinan. Jika tak dapat izin, pasti hati rasa bersalah. Dah rasa macam anak derhaka masa tu.

5. Sentiasa berada disisi ibu bapa.

Anda juga tidak boleh bekerja jauh dari kedua ibu bapa anda. Dah kerja pun duduk dengan ibu bapa. Yang penting tahu mereka selamat kerana sentiasa berada di depan mata anda. Biar apa orang nak kata, sekurang-kurangnya jimat juga ketika kerja duduk dengan ibu bapa. Apabila sentiasa berada disisi ibu bapa ni, tak adalah risau apabila mereka sudah lanjut usia. Kalau ibu bapa sakit, kita pasti tahu.

6. Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa.

Dan bukti yang paling penting adalah, anda sentiasa sebut nama mereka dalam doa. Setiap hari. Mendoakan kesejahteraan mereka, malah dipanjangkan umur supaya sentiasa berada disisi anda. Namun, ia semua adalah takdir Allah, oleh sebab itu anda tidak kisah menghabiskan sisa hidup anda hanya disisi mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen