“Tidur Sekejap Sebelum Zohor Adalah Amalan Ibadah Untuk Kembalikan Tenaga..” Kongsi Nora.

 

Bagi mereka yang bekerja di pejabat pasti sudah biasa menggunakan masa rehat untuk tidur sebentar jika tidak menikmati juadah makanan tengah hari. Namun, ada juga dikalangan kita lepas makan, mata terasa berat dan cuba untuk tidur sebentar supaya kembali bertenaga melakukan kerja.

Tidur sekejap sebelum zuhur atau dipanggil Qailulah amat digalakkan bagi mereka yang penat bekerja seharian untuk berehat sebentar. Seperti perkongsian dari Nora Ariffin, seorang selebriti, dilaman instagramnya baru-baru ini…

********

itsnoraariffin

Petang- petang begini ada yg suka Kailulllah tidur sekejap ‘sebelum’ zohor.

Lepas zohor, sambung berzikir....amalan ahli ibadah zaman2 dulu.

Mungkin skrg dah jarang kot.

Lepas tu minum teh.

********

Berkemungkinan dengan peredaran masa, ramai diantara kita jarang untuk mengamalkan ibadah kecil ini. Walaupun kecil, ia mampu memberi manfaat yang banyak untuk tubuh badan manusia, tanpa kita sedar. Malah post dari Nora ini mendapat perhatian dan komen dari Norman Hakim juga…

Kredit Foto: NormanHakim

normanhakim_786

Saya sis Qailullah sgt bagus waktu afdal antara 12.30pm sampai Zuhur. Yup 1 minit bersamaan 45 minit sama 'nyenyak' sebelah malam. Saya doakan sis terus kuat dalam hidup. Doakan saya jugak..

********

Menurut Islam, Qailulah ialah waktu rehat untuk kita pada pertengahan siang walaupun tidak tidur. Seperti yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

“Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.” [Riwayat al-Tirmizi (2377), Ibnu Majah (4109)]

Qailulah merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW. Baginda bersabda :

“Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.” [Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat]

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa pandangan dari Ulama’:

1. Qailulah juga adalah sebelum gelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu zohor. Sunat bagi orang yang melazimi tahajjud untuk tidur sebentar sebelum zohor. Ianya adalah persediaan untuk qiamullail. Qailulah sebelum masuk waktu zohor adalah seperti waktu sahur bagi orang yang berpuasa.

2. Qailulah ialah tidur pada waktu tengahari ketika gelincir matahari atau waktu yang hampir dengannya sama ada sebelum gelincir atau selepasnya.

3. Qailulah ialah berehat pada waktu sebelum gelincir matahari walaupun tidak tidur. Dan pandangan yang masyhur qailulah ialah tidur sebelum atau selepas gelincir matahari (iaitu selepas waktu zohor).

Kesimpulannya Qailalulah, adalah waktu untuk kita berehat sebentar tidak kira apa jua cara sekalipun termasuk tidur sekejap. Namun, jangan pula terlajak tidur bagi mereka yang sedang bekerja, kerana mencari rezeki itu juga adalah Ibadah yang perlu kita lakukan. Kerja itu juga adalah satu amanah untuk kita usahakan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen