Simptom Kemurungan Dan Langkah Awal Untuk Merawatnya.

 

Ramai orang memandang remeh akan perkara yang melibatkan kemurungan ini. Ada yang menyatakan bahawa mereka ini terlalu mengikut perasaan dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka yang terlibat dengan kemurungan ini tidak mempunyai iman yang kuat.

Kemurungan ini bukanlah satu penyakit tekanan yang biasa yang boleh dianggap sebagao kesedihan atau mempunyai masalah mental. Seseorang yang mengalami kemurungan boleh menjadi seorang yang sangat pendiam, sentiasa dalam kesediahan, panas baran ataupun mahu berjauhan daripada orang ramai.

Mereka yang mengalami masalah kemurungan ini biasanya akan terganggu dari segi tidurnya, makan, berseronok, bergaul, berkerja atau belajar dan segala rutian harian yang lain.

Apa yang menjadi penyumbang utama dalam kemurungan ini adalah perasaan putus asa dan tidak berdaya dalam hidup yang tidak terhenti-henti.



Tanda-tanda kemurungan.

Berikut adalah tanda-tanda kemurungan, cuba terliti sama ada ia ada pada diri anda ataupun orang disekeliling anda. Terutamanya dua teratas:

i. Anda berasa putus asa dan tidak berdaya.

ii. Anda berasa hilang minat terhadap berkawan, beraktiviti dan perkara-perkara yang selalu anda lakukan, dan anda berasa seronok melakukannya.

iii. Anda berasa penat hampir setiap masa.

iv. Tidur tidak menentu.

v. Anda mendapati susah untuk melakukan sesuatu yang mudah anda lakukan sebelum ini.

vi. Anda tidak mampu mengawal fikiran negatif, walaupun telah berkali-kali mencuba.

vii. Anda berasa kerap diganggu perasaa, senang marah dan lebih agresif daripada kebiasaan.

viii. Makan lebih banyak daripada kebiasaan (terlebih makan).


Rawatan awal yang perlu diambil.

Buat anda yang merasakan berhadapan masalah ini ataupun melihat rakan anda mengalami perkara sebegini. Adalah sepatutnya jika segera berjumpa dengan doktor, tapi jika malu dan takut mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara seperti di bawah ini.

1. Balik kepada rutin yang sihat.

Miliki rutin harian yang baik dan sihat ini membantu anda menghilangkan perasaan kemurungan. Orang yang sentiasa sibuk dengan tugas harian dan sentiasa ingin menyelesaikan apa-apa yang belum selesai tidak akan mempunyai masa untuk melayani perasaan mereka.

2. Letakkan matlamat kecil harian.

Perasaan murung akan melarat apabila anda tidak mampu mencapai apa-apa matlamat dalam hidup anda. maka dengan itu, mulakan beberapa matlamat kecil yang mempu anda capai dengan mudah. Sebagai contoh lakukan senaman selama 15 minit, anda pasti gembira apabila matlamat tersebut tercapai.

3. Bersenam.

Bersenam mampu untuk menerapkan fikiran positif kepada otak kita. Lakukan yang paling mudah. Mungkin berjalan kaki selama 30 minit?

4. Makan makanan berkhasiat.

Jika kemurungan membuatkan anda lebih makan, anda perlu kurangkan supaya selaras dengan diet yang sihat. Begitu juga dengan kurang makan, anda perlu banyakkan sehingga selaras dengan diet yang sihat.

5. Tidur yang cukup.

Ubah rutin anda. Tolak ketepi segala gangguan berupa telefon bimbit, televisyen dan sebagainya ketika hendak tidur.

6. Bertanggungjawab.

Rasa bertanggungjawab terhadap perlakuan anda adalah satu alternatif terbaik bagi kemurungan. Jika anda seorang pelajar, anda bertanggungjawab untuk belajar, justeru bertanggungjawablah. Belajar betul-betul!

7. Lawan fikiran negatif.

Gunakan hujah logik untuk melawan segala tanggapan negatif terhadap diri sendiri. Contohnya, anda berasa anda tidak mampu untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Maka, lawanlah balik tanggapan itu dengan logik! Siapa yang tidak layak untuk berjaya? Jika anda banyak membaca segala silibus, adakah itu tidak cukup untuk menjadi pelajar cemerlang?

Jika anda membacanya sebanyak sepuluh kali, adakah anda akan lupa semua fakta? Jawapannya, anda tetap boleh menjadi pelajar cemerlang. Cuma anda perlu tambahkan lagi usaha. Jika masih tidak berjaya, tambahkan lagi usaha anda. Ulang perkara ini, sehingga anda berjaya!

8. Buat sesuatu yang baharu pada anda.

Apabila anda murung, anda akan tenggelam di dalam pemikiran yang sama sahaja. Ubahlah! Cuba lakukan sesuatu yang anda belum pernah anda lakukan sebelum ini. Pergilah ke muzium, belajarlah bahasa baharu dan banyak lagi.

9. Mendapat nasihat pakar sebelum mengambil apa-apa ubat.

Ubat yang silap ambil bakal membuahkan hasil yang kosong. Maka, anda perlu mendapat nasihat pakar ubat apa yang selaras dan sesuai dengan masalah anda.

10. Lakukan sesuatu yang anda rasa seronok.

Apabila pemikiran negatif menguasai anda, maka lakukan sesuatu yang anda suka dan seronok! Supaya pemikiran negatif itu dikalahkan secara konsisten.

Jangan pernah takut apabila anda berhadapan dengan perasaan sebegini, mula kongsikan apa yang anda rasakan dan jangan simpan bersendirian. Pastikan anda dikelilingi dengan orang yang positif dan sentiasa membantu anda dalam mengatasi masalah ini.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,664 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen