Tanda-Tanda Anda Sebenarnya Dalam Perkahwinan Yang Tidak Bahagia.

 

Semua insan mengidamkan perkahwinan yang bahagia. Siapa sahaja yang tidak mahu bahagia bersama pasangan untuk selama-lamanya. Namun, siapala kita kadang-kala untuk menidakkan takdir, sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri.

Jom lihat tanda-tanda perkahwinan anda dengan pasangan sebenarnya menuju ke arah tidak bahagia;

1. Pasrah berkali-kali menerima kemaafannya.

Dalam usaha untuk menerima kekurangan pasangan, anda mungkin berkali-kali memaafkan sikapnya yang terang-terang telah menyakiti anda. Sebagai contoh anda dengan pasangan sering bergaduh sehingga mengeluarkan kata-kata kasar, akan tetapi sering memaafkan dirinya dimana anda juga bersalah dalam situasi tersebut.

Hanya pasrah dan biarkan pasangan mengulangi kesilapannya lagi.

2. Sentiasa mengandaikan semua pasangan yang berkahwin juga mengalami masalah yang sama.

Apabila berlaku pergaduhan sahaja, anda menganggap ia perkara yang biasa setiap pasangan akan alami. Setiap pasangan akan mengalami dimana suami naik tangan, isteri berkata-kata kasar mengikut emosi, dan sebagainya. Jika ini yang anda sering fikirkan, dan anggap ia normal, anda sebenarnya tidak bahagia.

Janganlah terlalu mengikut rentak kebiasaan rumah tangga. Keluarlah dari kebiasaan itu dan jadi keluarga bahagia.

3. Sentiasa berfikir bahawa pasangan mengalami ‘Bad Day’

“Mungkin hari ni dia penat kat tempat kerja, sebab tu dia stress kot…”

Jika anda sentiasa berfikiran sebegini, fikirlah secara logik, masakan setiap hari mengalami tekanan di pejabat? Jika benar setiap hari tertekan, ia akan mengundang masalah kesihatan. Kalau tengok pasangan macam okay je, tapi bila nak cakap dengan kita dia yang jadi tertekan, bermakna hubungan kalian mempunyai masalah dan tidak bahagia.

4. Sentiasa berfikiran, semua masalah berpunca dari diri sendiri.

“Dia marah sebab aku yang menjadi punca, kalau aku okay…dia mesti okay sebenarnya..”

Anda sentiasa mengakui kesalahan, akan tetapi pasangan sukar untuk mengakui kesilapan sendiri. Hanya pasangan sahaja yang betul dan sukar menerima pendapat anda. Dalam perkahwinan, perbezaan pendapat sebenarnya untuk mengenali pasangan antara satu sama lain. Jika ini tidak berlaku dalam hubungan anda, bermaksud anda tidak berpeluang mengenali pasangan sebenarnya.

5. Sentiasa beranggapan terlalu rumit sekiranya anda berdua berpisah.

Alasan ini sering didengari oleh pasangan yang mahu bertahan demi perkahwinan yang telah dibina. Rasa tidak bahagia, namun sayang untuk berpisah kerana berasa rumit. Rumit sekiranya anda perlu hidup berseorangan selepas berpisah. Gagal dalam percintaan, pertunangan dan perkahwinan adalah lumrah kehidupan. Sekiranya terlalu selesa menjalani hubungan toksik sepanjang hayat, anda boleh sakit jiwa sebenarnya.

6. Sentiasa mengutamakan perasaan keluarga daripada perasaan sendiri.

Memang benar keluarga adalah ahli terpenting dalam hidup anda dalam mengejar kebahagiaan. Malu sekiranya mereka mengetahui bahawa rumah tangga anda bergolak dan mahu berpisah. Jangan berpura-pura bahagia demi melihat keluarga gembira. Jika anda sendiri tak bahagia, takut nanti mengungkit sekiranya berkali-kali berlaku pergaduhan.

Jangan Biarkan Diri Anda Dalam Perkahwinan Yang Toksik Dan Beracun!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,078 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen