Kenapa Perkahwinan Zaman Sekarang Sukar Mendapat Barakah? Jom Ketahuinya.

 

Semakin hari, semakin banyak perceraian yang berlaku dikalangan mereka yang sudah berkahwin. Rumah tangga musnah hanya beberapa tahun dibina. Dulu sayang, sekarang tidak lagi. Berkenalan terlalu lama, tetapi akhirnya mahligai perkahwinan hanya dibina sementara.

Kenapa ini yang terjadi dikalangan mereka berkahwin pada usia yang muda?

Kenapa perkahwinan tidak dapat berkekalan, walaupun sudah berkenal dengan lama?

Jom ketahui sebabnya seperti di bawah:

1. Tidak saling menghormati.

Pasangan zaman sekarang sukar untuk menghormati antara satu sama lain setelah mengetahui sikap sebenar. Yelah, kita hanya mengetahui sikap seseorang apabila sudah duduk sebumbung, tidur sekatil, kongsi kamar mandi dan sebagainya. Apabila tiada sikap saling menghormati pada perbezaan pendapat, malah tiada toleransi, sebenarnya ego pasangan suami isteri menjadi tinggi dengan godaan syaitan disisi.

Suami isteri perlu adanya 3 sikap ini dalam perkahwinan:

  • Al-afwu iaitu memaafkan orang jika memang dipinta.
  • As-Shofhu iaitu memaafkan orang lain walaupun tidak diminta.
  • Al-Maghfiroh iaitu memintakan ampun pada Allah untuk orang lain.

2. Tidak menerapkan akhlak yang baik.

Oleh sebab itu, menurut Islam dalam pemilihan jodoh ini perlu memilih bakal isteri atau suami yang berakhlak baik. Supaya akan ada komunikasi yang baik, melakukan segala kerja dengan baik, dan juga akan tahu membezakan mana yang buruk dan baik, mana yang haram dan halal.

Jika suami atau isteri tidak memiliki akhlak yang baik, akan sentiasa berlaku perbalahan kerana komunikasi antara mereka menyebabkan sering terjadi salah faham. Kunci harmoninya rumah tangga, adalah dengan adanya komunikasi yang baik. Jika ini tidak diterapkan dalam diri, tidak hairan sekiranya hubungan anda dengan pasangan sering berlaku pergaduhan.

3. Tiada sifat sabar dan bersyukur.

Sabar dan syukur adalah dua perkara penting dalam menjalani ujian rumah tangga. Sekiranya tiada 2 aspek penting ini, pasangan suami isteri akan berasa berat untuk menjalani tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Tidak sabar dengan kerenah pasangan, tidak bersyukur memiliki pasangan seadanya.

Kelemahan dan kekurangan pasangan, adalah ujian dari Allah SWT untuk kita hadapi, bukan untuk terus memaki.

Seperti Allah SWT berfirman;

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim: 7)

4. Tidak bijak mengawal emosi.

Dalam menjalani rumah tangga juga, suami dan isteri perlu bijak mengawal emosi. Suami isteri perlu ada sikap santun malah bijak untuk mencipta suasana rumah tangga yang harmoni dan barakah supaya sentiasa berasa nyaman bersama.

Jadikanlah rumah anda seperti perumpamaan ini “Rumahku Syurgaku”

Terlupakah kita dengan kata-kata ini? Bagaimana mahu membuat rumah anda sebagai syurga anda? Dengan bijak mengawal emosi dan menyantuni pasangan dengan sentiasa akrab, tidak sabar untuk berjumpa pasangan di rumah, berkejar-kejar untuk pulang ke rumah, bukan berkejar-kejar untuk lepak di mamak.

5. Tiada hubungan yang kuat dengan Allah SWT.

Apabila pasangan suami isteri tiada hubungan yang kuat dengan Allah SWT, tidak hairan sekiranya perkahwinan zaman sekarang tidak ketemui barakah dari-Nya. Ini lah aspek yang paling penting dalam perkahwinan. Dengan sentiasa mengingati Allah, akan terhasil keteguhan hati dalam melayari perkahwinan. Seperti Allah SWT berfirman:

“"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Ra’d: 28)

Adanya hubungan yang kuat dengan Allah, Insya Allah hubungan kekeluargaan juga akan temui barakah seperti melaksanakan solat-solat wajib, solat sunat, mengaji dan sebagainya. Kerana apabila semakin jauh seseorang itu dari Allah, semakin sukar untuk menwujudkan rumah tangga yang bahagia dan barakah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,220 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen