“Jadi Seorang Isteri Memang Kena Banyak Bersabar” Macam Mana Nak Jadi Sabar? Ikuti 20 Rahsia Ini.

 

Dalam rumah tangga, pasangan suami isteri perlu banyak bersabar dengan kerenah masing-masing. Fasa perkahwinan adalah dimana pasangan suami isteri banyak mengenali sikap antara satu sama lain yang tersembunyi. Pada kala ini lah, kedua-dua pihak menjadi semakin tidak mengenali pasangannya sendiri. Namun, ia semua adalah proses dalam perkahwinan dimana pasangan suami isteri tak boleh lari.

Menjadi sabar atau pun tidak, itu adalah kunci dan resspi dalam perkahwinan. Sekiranya masing-masing terlalu mengikutkan perasaan dan menjadi tidak sabar, pasti perpisahan atau perceraian yang akan berlaku. Jadi, bagaimana seorang isteri mahu menjadi isteri yang penyabar dengan suaminya?

1. Bersabar dalam menjadi seorang isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendidik dan pendoa untuk suami.

2. Bersabar dalam taat kepada suami selagi tidak melanggar syarak, tetapi seorang isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

3. Bersabar dalam memahami kerenah suami. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

4. Bersabar dalam mendidik suami untuk memahami bahasa kiasan anda. Dengan harapan suami nampak hikmahnya nanti. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.

5. Bersabar dalam memaafkan suami setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

6. Bersabar dalam mendoakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

7. Bersabar dalam melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

8. Bersabar dalam melahirkan anak seramai yang munasabah. Berbahagialah menjaga anak. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.

9. Bersabar ketika meminta izin daripada suami setiap kali membuat sesuatu perkara atau ingin keluar ke mana sahaja. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.

10. Bersabar dalam menguruskan rumah tangga dan elak menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.

11. Bersabar ketika berkomunikasi dengan suami. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.

12. Bersabar ketika menemani suami sedang makan, jangan tinggalkan suami bersendirian kerana suami akan rasa terbiar dan kurang kasih sayang.

13. Bersabar ketika merawat suami yang dalam kesakitan. Rawatlah suami dengan penuh kasih sayang, bukan tonyoh-tonyoh luka suami dengan kata-kata yang kasar pula. Kata-kata positif dari mulut isteri adalah ubat yang paling mujarab bagi suami sebenarnya.

14. Bersabar dalam mengalah kepada suami bagi sesuatu perkara yang harus. Jangan terlalu melawan dan enggan patuh arahan suami selagi tidak melanggar syarak.

Suami bagi arahan untuk kurang gedik di sosial media. Dengar!

Suami cakap suami tak suka isteri post selfie di sosial media. Dengar!

Jika isteri tidak patuh pada arahan, suami juga akan tertekan.

15. Bersabar dalam mencintai suami dengan penuh kasih sayang.

16. Bersabar dalam menyenangkan hati semua juga kerana suami anda adalah lelaki yang terbaik buat anda sebenarnya jika anda tahu untuk BERSYUKUR.

17. Bersabar dalam menjaga aib dan rahsia suami. Isteri yang menceritakan aib dan rahsia suami secara umum adalah perbuatan yang berdosa. Segera minta maaf pada suami!

18. Bersabar dalam sentiasa mengucapkan terima kasih pada suami. Bersabar jika anda sahaja yang perlu mengungkapkan kata-kata maaf. Dengan izin Allah, terbuka hati suami untuk mengungkapkan kata-kata terima kasih dan maaf juga nanti.

19. Bersabar dalam bersyukur dengan segala kemampuan suami. Bersabar sekiranya gaji suami kecil. Ketahuilah para isteri bahawa, penghuni neraka ramai dari kalangan isteri yang tidak bersyukur dengan suami sebenarnya.

20. Bersabar sekiranya terlibat dalam pergaduhan dengan suami, dan sebaik-baiknya elakkan menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, merungut, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.

Oleh itu menjadi seorang isteri memang perlu banyak bersabar dalam rumah tangga ini. Jangan baru sahaja berkahwin, dah tahu perangai suami yang sebenar terus membuat keputusan untuk bercerai. Taubatlah selalu. Berdoa pada Allah, dan yakin pada-Nya bawah suami anda adalah lelaki yang terbaik untuk anda dengan perancangan dari-Nya. Malah anda juga adalah isteri yang terbaik untuk suami jua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,580 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen