“Nak Bantu Suami Tidak Salah, Tapi Jangan Buat Mereka Lupa Akan Tanggungjawab Yang Sepatutnya…”

 

Kini telah menjadi salah satu tugas isteri untuk meringankan beban seorang suami, namun begitu tindakan seorang isteri yang lebih mudah menerima tanggungjawab yang lebih banyak daripada si suami ini hanya akan membuat satu hubungan itu semakin menjauh. Mungkin pada awalnya si isteri lakukan kerana kesian akan suami dan berniat untuk membantunya, tapi akhirnya akan timbul masalah pula.

Dengan sikap sebegini, kadang-kadang suami mudah lupa akan tanggungjawab sebenarnya kerana sudah terlalu selesa dengan bantuan isteri. Tapi akhirnya apabila isteri sudah tidak tahan dengan beban yang ada, maka salah faham akan bermula.

Bagi seorang isteri, niat untuk membantu dan meringankan beban suami itu sememangnya tidak salah, tapi anda tidak boleh berlebihan dalam melakukan perkara tersebut. Ikuti sedikit pandangan daripada saudara Firdaus Shakirin ini, mana tahu ia dapat membantu anda dalam menguruskan rumahtangga dengan lebih baik.



Nak tolong bayar boleh, nak tolong buat boleh, nak berdikari pun boleh, tapi jangan terlebih ‘tolong’, jangan terlebih ‘buat’, jangan terlebih ‘berdikari’.

Tanggungjawab suami, biar suami yang buat. Jangan sesekali ambik alih tanggungjawab tu, sebab apa? Sebab lama-lama, suami akan perlahan-perlahan lepaskan semua tu ke bahu isteri.

“Salah ke saya nak tolong suami” “Salah ke saya nk buat” “Salah ke saya nak berdikari”

Tak… Langsung tak salah...

Saya lagi galakkan semua isteri tolong suami, isteri buat on behalf suami, isteri jadi berdikari. Tapi jangan biasakan diri untuk selalu tolong, selalu buat dan selalu berdikari. Bila dah terbeban, bila dah rasa tak mampu nak tolong, bila dah penat, apa akan jadi? Ungkit mengungkit yang saya bayar itu, saya bayar ini, abang langsung tak ambik tahu, abg tak ganti duit yang saya guna, saya buat itu, saya buat ini, saya p sana, saya p sini, abang tak itu, abang tak ini. Maancam-macam akan keluar, then masa tu nak pulangkan semula ‘tanggungjawab-tanggungjawab’ tu kepada suami?



Boleh jadi suami dah tambah komitmen, dia gunakan duit dia yang lebih bulan-bulan tu untuk perkara lain, benda lain, tambah hutang. Bila awak nak tambah komitmen dia, nak suruh dia bayar balik apa yang sepatutnya dia yang bayar, agak-agak dia nak tak? Dia berlapang dada terima tak? Dia mampu tanggung tak?

Nak membantu suami itu boleh, asalkan sikap suami itu tak lupa daratan, dia sedar yang isteri dia banyak meringankan bebannya, dia hargai, dan dia tetap kerje dengan sedaya upaya kudrat yang ada tanpa mengambil kira yang dia sebenarnya dah selesa dengan bantuan si isteri tu. Selagi dia menjadi suami yang bertanggungjawab, selagi tu la awak sebagai isteri boleh untuk meringankan beban suami.

Tapi bila dia dah makin lupa tanggungjawab dia, maka tolong ‘ingatkan’ dia akan tanggungjawab-tanggungjawab dia dengan cara pulangkan apa yang sepatutnya dia buat dan dia bayar.

Jangan sesekali ambik alih tanggungjawab itu ke bahu awk selagi dia masih mampu...


Membantu suami itu tidak salah, tapi jangan membuat dirinya lupa akan tanggungjawab yang sebenarnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,618 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen