Bakal Terima Cahaya Mata Baru Dalam Keluarga, Bagaimana Buat Si Kakak Dan Abang Ini Terima Kehadiran Adik Mereka.

 

Menambah seorang lagi ahli keluarga baru dalam keluarga kecil anda sememangnya akan menjadi penantian buat ibu bapa yang baru sahaja memiliki anak seorang. Mana tidaknya, apabila anak sudah agak besar maka persediaan untuk menambah ahli keluarga baru sememangnya ditunggu-tunggu. Hal ini kerana, kebanyakan ibu bapa merasakan anak yang lebih ramai adalah lebih meriah bahkan anak sulung mereka itu nanti akan memiliki rakan untuk bermain.

Namun begitu, setelah curahan kasih diberikan sepenuhnya kepada anak sulung anda, adakah mereka ini sentiasa berbesar hati untuk menerima kehadiran seseorang yang baru dalam keluarga atau seorang adik? Biasanya ibu bapa mempunyai masalah apabila berhadapan dengan perangai si apabila perlu menerima kehadiran adik yang baru.

Sebagai ibu bapa, anda seharusnya mula belajar membiasakan anak anda itu dengan situasi yang baru walaupun anak yang anda kandungi itu masih lagi diperingkat awal. Hal ini kerana, semakin lengah masa yang anda ambil untuk membuat anak biasa dengan situasi baru, semakin sukar untuk anda tangani masalah tersebut. Jadi apa yang harus anda lakukan?



Ketika kehamilan.

Anda perlu mula memberi didikan kepada anak anda ketika anda di awal kehamilan lagi. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda perlu membiasakan satu situasi di mana mereka ini sudah mempunyai adik walaupun ia masih lagi dalam kandungan. Jika anak anda sudah agak besar mungkin mereka boleh menerima kehadiran adik dengan lebih terbuka, tapi jika anak anda masih kecil, tentu mereka mahukan anda memberinya lebih perhatian.

Kanak-kanak yang masih kecil cenderung untuk banyak bertanya kerana mereka ingin tahu dari manakah bayi tersebut datang. Anda tidak perlu untuk menerangkan secara terperinci bagaimana bayi tersebut hadir di dalam rahim anda, cukup sekadar anda memberitahu anak anda bahawa adik mereka sedang membesar di dalam rahim dan akan keluar bila sampai waktu yang sesuai.

Selain itu, anda juga boleh melakukan beberapa perkara dengan anak sulung anda bagi membaja perasaan kasih sayang anak sulung anda kepada bakal adik baharu mereka:

i. Membaca buku mengenai bayi bersama-sama.

ii. Melihat gambar anak sulung anda ketika masih bayi.

iii. Melawat rakan-rakan atau saudara-mara anda yang baharu melahirkan bayi.

iv. Bersama-sama memikirkan nama bakal adik baharu mereka.

v. Bersama-sama menyediakan barangan dan pakaian yang diperlukan oleh anda ketika berada di hospital kelak.

vi. Mengajak anak sulung anda menemani anda ke hospital untuk pemeriksaan.

Selepas kelahiran bayi anda.

Pada ketika ini, anda perlu memastikan bahawa anak anda sudah mula menerima kehadiran orang baru di dalam keluarga anda. Jika dirinya sudah mempunyai sifat abang atau kakak, mungkin dirinya akan lebih mudah untuk menerima bayi anda.

Oleh itu, beri kepercayaan kepada mereka untuk membantu anda menjaga bayi tersebut. Ini akan memberi peluang anak sulung anda berinteraksi dengan adik mereka. mungkin anda boleh memintanya untuk mengambil lampin anak anda, menolak stroller, memilih pakaian bayi ataupun membiarkan anak anda untuk menjaga adiknya.

Jika anak sulung anda tidak menunjukkan minat, jangan risau dan jangan memaksa. Ini kerana proses adaptasi adik baharu oleh anak sulung anda mungkin akan memerlukan masa yang lebih lama.

Berikan pelukan dan kasih sayang yang sama rata kepada anak sulung dengan anak baharu anda. Untuk membuat hubungan mereka dua beradik ini lebih mesra dan akrab mungkin anda boleh lakukan aktiviti seperti berikut:

i. Mandikan mereka bersama-sama.

ii. Tidurkan mereka di tempat dan pada waktu yang sama.

iii. Meluangkan masa yang berseronok bersama-sama.

iv. Sentiasa bercakap perkara yang positif mengenai adik baharu dengan anak sulung anda.

v. Jangan ubah rutin biasa anak sulung anda semata-mata untuk meluangkan masa yang lebih dengan adik baharu mereka.

Jangan cuba untuk memaksa mereka bahkan jangan sesekali kurang berikan anak anda itu perhatian. Ini kerana, kekurangan perhatian akan membuatnya kurang senang akan kehadiran adik barunya itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen