Alasan Kenapa Wanita Tidak Membalas Sms/Mesej.

 

Sibuk macam mana pun seseorang itu, takkanlah si dia langsung tiada masa beberapa minit untuk membalas pesanan ringkas kamu. Betul tak? Jika hingga memakan masa dua hari sehingga seminggu itu bermakna si dia benar-benar sedang menjauhkan diri daripada kamu. Tetapi mengapa begitu? Jom ketahui 4 alasan mengapa si dia tidak membalas SMS kamu.



1. Mereka ditanya dengan mesej yang sama.

Di telefon bimbit, mereka ditanya soalan yang sama, bayangkan daftar masuk ke facebook hanya untuk mendapati mesej yang belum dibaca dari segelintir lelaki yang bertanyakan hal peribadi seperti ‘jom keluar makan’, ‘kenapa diam saja’. Semuanya itu hanya membuatkan wanita malas untuk balas mesej.

2. Apabila wanita mendapati mereka boleh memiliki anda, maka mereka main tarik tali dengan anda.

Jika seseorang wanita tahu dia boleh memiliki lelaki yang diingini maka dia mula untuk main tarik tali, dia mula bersikap acuh tak acuh. Mereka merasakan anda seorang yang sangat mudah, tiada cabaran langsung.



3. Wanita merasakan anda kaum lelaki tidak misteri, tiada daya penarik.

Ada setengah wanita sukakan sikap misteri lelaki, mereka tidak sukakan lelaki yang sentiasa ingin mengongkong ataupun 24 jam berkepit dengan telefon pintar, wanita merasakan sangat rimas dengan lelaki sedemikian, mula tidak membalas mesej dan menjauhkan diri.

4. Bila wanita sedang sibuk dengan kerja.

Ini perkara biasa, bila seorang wanita sedang sibuk dengan karier yang sedang berkembang maka wanita tidak mahu diganggu dengan mesej ringan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,971 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen