Bantu Anak Anda Selesaikan Kerja Sekolahnya Dengan Lebih Berkesan, Jom Cuba.

 

Apabila anak-anak sudah mula bersekolah, maka mereka ini akan mempunyai pelbagai tugasan yang diberikan oleh guru mereka, atau lebih dikenali sebagai kerja sekolah. Namun begitu, tidak semua anak-anak mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan itu dengan baik, malah ada juga yang selalu tidak melakukan tugasan itu kerana mereka lebih terdedah untuk melakukan perkara lain.

Sebagai ibu bapa yang mahukan kejayaan buat anak-anak mereka, pasti anda mahukan satu cara yang baik dan berkesan dalam membantu pembelajaran mereka, terutama dalam menyiapkan kerja sekolah mereka itu. Bagaimana caranya?



1. Ajar anak anda kemahiran belajar dan merangka strategi.

Selepas habis sesi pembelajaran, bukan semua guru mempunyai cukup masa untuk memberikan tip belajar atau menjalani ujian kepada pelajar mereka. Walaupun ada sesetengah guru yang melakukannya, namun mereka hanya boleh menyampaikan tip ringkas. Disebabkan itulah, ibu bapa sepatutnya menjadi orang yang layak untuk mengajar anak mereka tentang teknik pembelajaran. Contohnya, anda boleh mengajar anak anda kemahiran pengurusan masa, menasihati mereka untuk mengambil nota semasa kelas dan menekankan kepentingan penumpuan dan mengulang kaji pembelajaran yang lepas.

Berikan anak anda peluang untuk mereka belajar dengan stail mereka sendiri

Terdapat 7 stail pembelajaran berbeza untuk 7 jenis kebijaksanaan berbeza. Bukan semua orang berkongsi stail pembelajaran yang sama. Kebanyakan sistem pendidikan tidak hanya memfokus kepada semua stail. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas anda untuk menggalakkan anak belajar mengikut gaya mereka sendiri. Ini sekali gus akan membantu mereka mencapai potensi mereka dengan lebih mendalam.

7 stail pembelajaran termasuklah:

i. Visual (Ruang)

ii. Telinga (Pendengaran-muzikal)

iii. Lisan (Linguistik)

iv. Logik (Matematik)

v. Fizikal (Kinestetik)

vi. Perseorangan (Intrapersonal)

vii. Sosial (Interpersonal)

Bagi mengetahui stail pembelajaran dan jenis kebijaksanaan anak, anda perlu melihat kepada corak pembelajaran mereka dan/atau biarkan mereka melakukan ujian penilaian untuk mengetahui keputusannya. Ingatlah bahawa kebanyakan kanak-kanak mempunyai 2, 3 atau mungkin 4 stail dan jenis dalam satu-satu masa.

2. Hapuskan gangguan.

Semasa sesi pembelajaran atau kerja sekolah, pastikan semua peranti elektronik ditutup, dicabut plag atau dipindahkan daripada zon pembelajaran, termasuk juga buku komik atau gangguan lain yang berkemungkinan. Penumpuan adalah kunci untuk kejayaan. Ia membantu anak anda untuk menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan mengingat sesuatu perkara dalam tempoh yang panjang. Galakkan anak anda untuk tidak menggunakan internet bagi mencari jawapan kerana pembelajaran merupakan proses berfikir dan memantau. Terlampau culas atau tidak aktif dalam pembelajaran berasaskan otak semasa usia muda boleh mengurangkan kreativiti dan kemampuan menyelesaikan masalah di masa akan datang.

3. Mendorong anak.

Motivasi tidak dapat disangkal lagi, menjadi salah satu daripada penyumbang terbesar untuk setiap kejayaan manusia. Jadi, sudah tentu, penting untuk setiap ibu bapa mendorong anak mereka semasa tempoh pembelajaran. Cara mudah melakukan perkara ini adalah dengan menunjukkan kepada mereka kepentingan pendidikan melalui buku dan cerita visual. Ibu bapa juga boleh sesekali memberi ganjaran kepada anak mereka pada peristiwa-peristiwa istimewa, tetapi janganlah terlalu kerap, supaya mereka boleh merasai bahawa usaha mereka itu dihargai.

Belajar bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk pelajar tidak kira peringkat usia. Ramai dalam kalangan mereka memilih untuk berputus asa. Fenomena ini adalah contoh yang menunjukkan betapa pentingnya kita perlu mendorong anak untuk belajar sejak mereka kecil lagi.

4. Masa berehat.

Mendapatkan rehat juga adalah bahagian penting dalam pembelajaran anak. Berehat dapat membantu anak anda merehatkan minda dan menyediakan peluang untuk otak memulakan proses mengurus semula dan mengekalkan maklumat. Berehat terbukti secara saintifik dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti seseorang. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bahawa dengan menekan anak untuk kuat belajar boleh memberikan kesan buruk. Anak anda disarankan untuk berehat selama 5 hingga 10 minit selepas setiap 25 minit sesi pembelajaran.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,167 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen