Jadilah Suami Yang Tenang Jiwanya Apabila Melihat Isteri Menguruskan Rumah Tangga, Bukan Pada Kecantikan Semata-Mata.

 

Majoriti wanita merasakan lelaki hanya memandang kecantikan pada mereka sahaja. Kalau tak cantik, pasti tidak akan didekati. Namun, memang fitrah manusia suka pada kecantikan, bukan hanya kaum lelaki sahaja, wanita pun suka untuk mencantikkan diri. Tidak pernah lagi kelihatan wanita yang malas untuk melaram atau menjaga penampilan diri.

Kalau tak suka dengan barang solekan pun, sekurang-kurangnya pasti suka mencuba dengan produk penjagaan diri dan wajah. Menjadi cantik, adalah keyakinan yang para wanita cuba tampilkan secara tidak sedar.

Bila tanya pada kaum lelaki, standard wanita yang cantik adalah wanita yang tidak memiliki parut di wajah, muka putih berseri, bermata besar dan bersinar seakan-akan mata kucing, leher jinjang, berkaki panjang, hidung mancung, mempunyai potongan tubuh badan yang cantik….seolah-olah sangat sempurna.

Namun sedemikian, adakah kecantikan sebegini mampu menenangkan jiwa mereka setelah berkahwin?

Adakah kecantikan yang betul-betul sempurna ini hanya mampu membahagiakan seorang suami sahaja?

Jika benar hanya kecantikan luaran sahaja yang mampu membahagiakan seorang suami, takut nanti isteri dah tak cantik mula cari wanita lain. Itulah yang paling gerun oleh para isteri. Hakikat kecantikan para isteri yang ideal adalah apabila si suami mula tenang jiwa memandangnya. Malahan, hati bertambah sayang…

Jadi, si suami harus nampak kecantikan isteri yang sebenarnya adalah bersusah payah menguruskan rumah tangga….

1. Apabila isteri berpenampilan kemas dan bergaya, si suami sepatutnya berasa tenang dan lega kerana ada isteri yang bersungguh-sungguh mahu cantik di depan suaminya.

2. Apabila isteri sentiasa rajin ke dapur untuk menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak, si suami perlu berasa tenang melihatnya kerana bersusah payah menyiapkan masakan demi keluarga tercinta.

3. Suami perlu berasa tenang dan bertuah apabila, isteri bersusah payah ketika menjaga anak-anaknya tanpa rungutan. Lihat rambut isteri serabai pun, suami kena ada rasa kasihan kerana hadirnya seorang wanita yang bersungguh-sungguh membesarkan anaknya.

4. Malah, si suami perlu berasa tenang dan kasihan setelah melihat kepenatan isterinya menguruskan rumah tangga dari pagi sehinggalah ke malam sampai tak cukup tidur. Terdetiklah dalam hati “Penatnya isteri aku…” kerana terlihat isteri hanya tidur di sofa luar sahaja.

5. Selain itu, para suami perlulah merasa tenang ketika mendengar leteran dari si isteri, daripada mereka berdiam seribu bahasa. Kerana itulah tandanya isteri masih sayang pada suaminya. Kalau tak membebel, tak sayang.

Oleh itu, jangan lah sesekali mention atau tag nama isteri di sosial media berkenaan dengan hadis atau tazkirah pentingnya isteri berhias untuk suami. Janganlah perli isteri kalau dia dah tak cantik lagi. Berilah nafkah. Berikan isteri semangat.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,068 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen