Hubungan Adik-Beradik Yang Baik, Bermula Dari Didikan Ibu Bapa Yang Baik.

 

Antara dugaan perkahwinan yang para suami isteri akan hadapi adalah, bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Adakah mereka mampu untuk menggalas tanggung jawab sebagai ibu bapa? Adalah bergantung pada diri mereka sendiri. Jika kuat fizikal, mental dan emosi, Insya Allah anak-anak tidak akan terabai, cukup perhatian dan kasih sayang.

Oleh sebab itu hubungan adik-beradik yang baik, adalah daripada didikan ibu bapa yang hebat. Sentiasa mendorong dan memberi sokongan pada anak-anak supaya tiada yang rasa tersisih atau terabai.

Jadi, ibu bapa seharusnya:

1. Pesan untuk hormat adik-beradik yang lebih tua.

Anak-anak yang lebih muda seharusnya dinasihati untuk menghormati kakak dan abang mereka. Para ibu bapa juga tidak digalakkan memarahi dan mengkritik abang atau kakak di depan adik-adik mereka. Ini akan menyebabkan adik-adik mereka akan merasakan, kakak atau abangnya tidak perlu dihormati.

Jika ini yang terjadi, tidak hairan sekiranya mereka besar nanti, adik-adik tidak pernah cuba untuk menghormati yang lebih tua. Tiada panggilan yang dihormati seperti hanya panggil nama sahaja. Malah ini juga menjurus untuk anak-anak tidak menghormati orang yang lebih tua. Kerana mereka beranggapan bahawa orang yang lebih tua hanya sama taraf dengan mereka.

2. Pesan, jika ada masalah selesaikan depan-depan.

Perkara ini sering terjadi dan sudah menjadi kebiasaan pula. Apa sahaja yang tidak kena dengan adik-beradik, mula nak cerita pada sahabat atau pada jiran sebelah. Rahsia antara keluarga eloklah simpan. Jangan dengan mudah sebarkan aib adik-beradik pada orang lain. Jika diri sendiri pun tak boleh simpan aib adik-beradik, macam mana nak ada keluarga sendiri nanti?

Mudah sahaja sebarkan aib pasangan dan anak-anak pada orang lain. Hati-hati!

Jangan la bertikam lidah, malah tikam belakang antara adik-beradik. Ibu bapa seharusnya menjadi orang tengah untuk selesaikan masalah antara anak-anak. Bukan membiarkan mereka berkata belakang.

3. Pesan untuk sentiasa melakukan segala aktiviti bersama-sama.

Sebagai ibu bapa juga, sentiasa terapkan dalam diri anak-anak supaya melakukan apa jua perkara bersama-sama. Semua kena buat sama-sama, tiada yang tersisih. Terutamanya dalam melakukan solat Jemaah. Didik anak-anak kepentingan untuk sentiasa melakukan solat Jemaah, sentiasa lakukan ta’lim di dalam rumah supaya mereka tau hubungan kekeluargaan itu penting.

Nanti ketika dalam keadaan susah, adik-beradik juga yang datang menolong. Bukannya orang lain.

4. Pesan untuk sentiasa perbetulkan masalah.

Jika para ibu bapa nampak sahaja anak-anak bergaduh dan bertelingkah, jangan terus menghukum. Ajar mereka untuk perbetulkan segala masalah. Jika adik buat salah, suruh abang tegur adik dengan baik. Sekecil-kecil masalah pun, perbetulkan keadaan supaya tiada yang mula menyebarkan aib kelak. Bukan terus marah, tengking dan sebagainya. Semua masalah boleh dibincang dan dibetulkan.

Malah ajar juga pada adiknya supaya dapat menerima segala teguran abang atau kakak dengan hati terbuka.

5. Malah ibu bapa juga kena layan anak-anak sama rata.

Para ibu bapa seharusnya tiada perasaan untuk memilih anak yang special, favorite dan sebagainya. Jika dah ada anak favorite, pasti ada anak menantu favorite, cucu favorite dimana kelakuan sebegini sememangnya tidak sihat untuk hubungan kekeluargaan. Nanti anak-anak pasti akan terikut pula, seperti tiada penghujung nanti.

Ibu bapa perlu menjadi contoh dan teladan yang baik pada anak-anak. Jangan buat anak-anak terasa hati.

6. Pesan juga pada anak-anak untuk masuk Syurga bersama-sama.

Ibu bapa perlu pesan pada anak-anak ketika solat berjemaah untuk masuk syurga bersama-sama. Bukan perlu berbuat baik pada ibu bapa sahaja, hubungan adik-beradik pun perlu dijaga jika ingin dilimpahi rezeki oleh-Nya.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen