Kenapa Memiliki 4 Orang Adik-Beradik Dianggap Lebih Bertuah? Jom Baca.

 

Ada ibu bapa mahukan anak yang ramai jumlahnya, ada juga mahu anak yang tidak begitu ramai supaya lebih mudah diatur. Namun, semuanya terpulang pada para ibu bapa untuk merancang keluarganya sendiri. Apabila sudah memiliki anak sorang, sudah pasti mahukan lagi seorang supaya ada kawan untuk bermain. Bila dah ada 2 orang, rasa macam tak cukup meriah pula rumah.

Tapi tahukah anda bahawa memiliki anak seramai 4 orang sebenarnya dianggap bertuah kerana;

1. Seimbang.

Hubungan kekeluargaan menjadi seimbang apabila bersama dengan ibu bapa. Semuanya menjadi 6 orang dan cukup berpasangan. Hal ini amat berkaitan sekiranya ibu bapa cuba merancang untuk membuat sesuatu permainan yang melibatkan kumpulan. Tiada la yang rasa tersisih nanti sekiranya tiada pasangan.

Apabila mempunyai pasangan dalam adik-beradik, sudah tentu tiada yang asyik bermasam muka ketika bermain datu permainan. Malah, mungkin salah seorang kena buli dengan abangnya, pasti ada back up kakaknya nanti.

2. Just Nice.

Apabila mempunyai keluarga yang seimbang, kehidupan kekeluargaan tersebut menjadi lebih bahagia dan harmoni. Yelah, anak sorang sunyi pula. Bila dua orang yang sama jantina, bosan pula. Apabila memiliki adik-beradik 4 orang, keadaan rumah tidaklah begitu sunyi. Jika meriah pun, masih lagi dalam keadaan terkawal dan tidak terlalu huru-hara.

Jika terlalu ramai adik-beradik nanti, pasti ada sahaja rasa terpinggir kerana kurang mendapat perhatian. Adik-beradik 4 orang ni, orang kata Just Nice.

3. Boleh berkongsi.

Kemanisan memiliki adik-beradik ini, apabila boleh berkongsi barang. Sering kelihatan anak-anak ketika kecil tidak berpuas hati dan terjadinya perebutan barang dan barang permainan. Jadi, disini ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk berkongsi segala barang.

Jika anak-anak dapat mendengar kata ibu bapa sejak dari kecil, sudah pasti mereka akan tahu betapa bersyukurnya memiliki adik-beradik kerana boleh berkongsi barang, jika dibandingkan dengan anak tunggal.

Yang suka berkongsi ni, selalunya kakak dengan adik perempuan. Boleh berkongsi baju, barang solekan, dan sebagainya. Adik juga selalunya pasti teringin jadi seperti kakaknya juga.

4. Tidak mudah bosan.

Mereka yang memiliki adik-beradik ini tidak mudah bosan kerana adik-beradik yang lain yang mempunyai personaliti berbeza. Perbezaan personaliti ini sudah tentu mampu mewujudkan hubungan adik-beradik yang harmoni. Walaupun kadang-kala  merasakan adik-beradik sendiri amat menjengkelkan, namun jauh dari sudut hati pasti akan merindui saat-saat ketika dengan adik-beradik.

Mungkin si kakaknya pendiam, tetapi adiknya kuat menyakat. Abangnya pula kuat mengusik, adiknya pak lawak pula. Sudah tentu situasi dan suasana dalam rumah menjadi bahagia dengan perbezaan personaliti ini.

5. Meriah dan bahagia.

Apabila cukup 4 point di atas, sudah tentu dapat membina keluarga yang meriah dan bahagia. Namun, kekalkan lah hubungan ini sehingga anda adik-beradik meningkat usia. Bergaduh sedikit pun, berbaik la semula kerana air yang dicincang tidak akan putus.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen