Bilik Sewa Serendah RM100 Bagi Mereka Yang Bujang Dan Tinggal di Ibu Kota.

 

Menerusi skim ‘micro-housing’ yang bakal bermula tahun ini, golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, inisiatif itu diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.



“Kami akan membuat konsep seperti ‘capsule hotel’ yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.

                          

“Dua blok bangunan itu boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100,” katanya.

Bagaimanapun, Nor Hisham berkata penghuni bangunan itu tidak dibenarkan memasak.

Tambahnya lagi, kerja-kerja pengubahsuaian telah mula dilakukan sejak dua minggu yang lalu, dan peruntukan untuk tujuan ini adalah di sekitar RM5juta hingga RM10 juta.

Jelasnya, projek ini dijangkakan ia akan siap dalam pertengahan tahun ini dan akan mula dibuka permohonan kepada golongan bujang dalam tempoh yang sesuai.

Katanya lagi penghuni ‘micro-housing’ dikehendaki berpindah jika mereka berkahwin atau membeli rumah.

“Kami akan membuka permohonan secara ‘online’ menerusi iklan DBKL. Buat masa sekarang kami akan tertumpu kepada bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kami akan memperluaskan program ini ke kawasan lain di ibu kota jika ada permintaan tinggi,” katanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen