Hargai Ibu Bapa, Sebelum Terlambat Dengan Mengikuti 5 Tips Ini.

 

Semakin meningkat usia kedua ibu bapa kita, semakin banyak sebenarnya kita perlu beri perhatian pada mereka. Jangan terlalu sibuk dengan masalah rumah tangga sendiri, kerja di pejabat sehingga terlupa untuk menghargai kedua orang tua.

Jadi, hargailah kedua ibu bapa kita sebelum terlambat. Sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Jom ikuti 5 tips ini:

1. Mengambil berat tentang kesihatan mereka.

Apabila usia semakin meningkat, semakin mudah kedua ibu bapa kita diserang dengan pelbagai penyakit. Ada yang mengatakan ia adalah ‘penyakit tua’ kerana hanya orang-orang tua sahaja yang mengidap penyakit tersebut seperti kencing manis, serangan sakit jantung, sakit sendi dan sebagainya. Ini terjadi kerana anti-bodi manusia menjadi semakin kurang dan tidak kuat dengan peningkatan usia.

Oleh itu sebagai anak, jangan lupa untuk memberi kedua orang tua anda makan ubat, menjaga pemakanan mereka dengan teratur, malah jangan lupa nasihat doktor. Selalunya orang tua ni sangat sensitif dengan penyakit mereka, ubat pun tak nak makan dan sikap mula menjadi kebudak-budakan yang sering merengek. Jadi, layanlah mereka dengan baik.

2. Mengambil tahu tentang keinginan mereka.

Sebagai anak, anda juga perlu tahu berkenaan dengan keinginan dan impian mereka. Tanamkan azam anda untuk menghadiahkan sesuatu yang mereka inginkan. Walaupun mereka sentiasa menolak kerana bersimpati melihat anda bersusah payah dan gigih mengeluarkan duit demi mereka tetapi, lakukan sahaja untuk kebahagiaan bersama.

Seperti menunaikan umrah atau haji.

3. Sentiasa ada masa untuk berbual dengan mereka.

Para ibu bapa sentiasa dinasihatkan untuk mendengar segala luahan dan keletah anak-anak ketika kecil, begitu juga dengan anak-anak yang kian dewasa. Peranan anda sebagai anak dewasa yang bekerjaya adalah sentiasa ada masa untuk berbual dengan kedua ibu bapa. Luangkan masa bersama mereka untuk mempunyai perbualan yang berkualiti.

Malah dengar sahaja pendapat dan luahan hati kedua ibu bapa anda. Walaupun seperti tidak kedengaran, angguk sahaja tanda anda mendengarnya.

Ia seumpama ketika anda masih bayi yang tidak pandai berbicara, setiap keletah anda yang berbahasa ‘alien’ sering mencuit hati mereka. Jadi, kenapa anda perlu hilang sabar ketika mendengar rentetan mereka?

4. Elakkan bebani mereka dengan masalah anda.

Dengan peningkatan usia, anda juga sering merungut penat nak buat kerja. Tiada stamina seperti zaman muda, malah kurang bertenaga. Hanya mahu berehat sahaja. Jika anda sendiri pun merasa penat dan lelah, apatah lagi kedua ibu bapa anda. Berhentilah membebani mereka dengan masalah anda sendiri. Jadi, seorang anak yang dewasa dan matang dalam menjalani kehidupan.

Terutamanya masalah kewangan. Dah kerja pun nak minta pinjam dengan ibu bapa untuk melangsaikan hutang. Tiada penyelesaian sekiranya anda meminjam semata-mata untuk membayar hutang. Risau hati kedua ibu bapa anda nanti.

Belajar untuk menyelesaikan setiap masalah dengan meminta nasihat daripada mereka. Bukan membebani mereka lagi.

5. Jangan membandingkan kemampuan ibu bapa anda.

Dan yang paling penting adalah, jangan pernah membandingkan kemampuan ibu bapa anda dengan ibu bapa yang lain. Jangan pernah merungut sekiranya ibu bapa anda sering sakit, tetapi ibu bapa orang lain kelihatan sihat walafiat. Takdir Allah SWT pada setiap hamba-Nya adalah berbeza. Yakinlah pada-Nya.

‘Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.'

[Surah Al-Isra’ : 24]

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,652 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen