Di Saat Untuk Cukupkan Duit Perkahwinan, Jangan Buat Si Dia Tertunggu Dengan Lama.

 

Berkenaan dengan isu stabilkan ekonomi dan kewangan, ia sering dikaitkan dengan golongan lelaki, kerana untuk menunjukkan lelaki itu betul-betul berusaha mendapatkan kekasih hatinya sebagai bakal isteri. Situasi sebegini bukan untuk menyeksa kaum lelaki, akan tetapi jika usaha sebegini hanya diambil ringan sahaja, sudah tentu menjadi liat untuk memberi nafkah kelak.

Mendidik anak lelaki tentang kewangan sejak dari kecil adalah sangat penting supaya mereka tahu isu ini tidak boleh diambil ringan. Jadi, para ibu bapa perlu tanamkan sifat suka menabung sejak anak-anak masih kecil lagi. Di samping itu, isu ini juga perlu diselitkan dan diterapkan dengan ilmu keagamaan supaya anak lelaki tahu apa yang berkaitan antara kewangan dengan peranan seorang suami ni?

Jawapan yang paling jelas adalah berkenaan dengan NAFKAH.

Ini jelas berdasarkan kata-kata Allah:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), kerana mereka (lelaki) menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah An Nisa, ayat 24)

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Memberinya makan apabila kamu makan, dan memberinya pakaian apabila kamu berpakaian” (Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud)

Jangan menidakkan sesuatu yang sudah tetap di dalam Al-Qur’an.

Seorang lelaki yang terlalu leka dengan duniawi, kurang ilmu keagamaan dan kekeluargaan, malah ilmu kewangan akan sukar untuk mengambil berat pada isterinya kelak. Malah menjadi sukar untuk serius dalam hubungan sebelum berkahwin.

Perkahwinan bukan lah satu permainan, tetapi perkahwinan adalah satu pengorbanan.

Jika seorang lelaki cukup semua ilmu ini didada, tidak mustahil singkat sahaja perkenalannya dengan kekasihnya itu. Tidak perlu tunggu lama-lama, tunang lama-lama, tapi akhirnya kekasih dikebas orang.

Ramai sahaja dikalangan lelaki, disaat untuk stabilkan kewangan, ekonomi dan jati diri, kekasihnya merasakan begitu lama untuk menunggu lelaki tersebut. Mengambil masa yang lama untuk stabilkan semua aspek dalam dirinya. Kenapa?

Ketahuilah kita bahawa, sedangkan ekonomi negara mudah bergolak dan tidak selalunya stabil. Inikan pula hati dan perasaan manusia biasa yang lebih mudah berbolak-balik. Sekejap nak jimat, sekejap nak boros. Sekejap rasa nak simpan duit, sekejap lagi terpengaruh nak beli barang online.

Tak salah nak stabilkan semua aspek dalam diri terutamanya kewangan, namun jangan pula biarkan si dia tertunggu dengan lama. Lebih-lebih lagi apabila sudah berkenalan dengan keluarganya pula. Kesan yang dihadapi oleh anda berdua adalah:

1. Jika terlalu lama berkenalan, ibu bapa akan sering sangat bertanya.

“Dah lama kenal kan, bila nak kahwin…”

Sudah pasti ia sedikit sebanyak membuat kalian berdua berasa tertekan. Setiap hari hidup dalam tekanan, jiwa tak sihat!

2. Jika terlalu lama berkenalan, dekat dengan maksiat.

Sudah sedia maklum, menurut Islam juga bercinta lah selepas bernikah. Akan tetapi dengan arus pemodenan zaman sekarang, ibu bapa juga tidak kisah anak-anak bercinta sebelum bernikah. Supaya dapat mengenali hati budi masing-masing supaya tidak tersalah pilih. Namun, jika sudah masuk bertahun-tahun lamanya perkenalan, hati siapa sahaja yang tidak gundah. Dengan hasutan dan godaan syaitan yang lebih suka anak adam melakukan maksiat, tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu bernikah. Menanglah syaitan, sekiranya ramai anak muda terjerumus ke lembah maksiat.

3. Jika terlalu lama berkenalan, si dia akan mula berasa ragu-ragu.

Sudah lumrah kehidupan, tidak kira apa yang kita lakukan pasti ada keraguan di hati. Sebagaimana point nombor 2 di atas, kita akan dekat dengan maksiat kerana dengan hasutan syaitan. Godaan syaitan inilah akan menganggu fikiran anak adam supaya memecah belahkan hubungan. Nampak wanita lain lebih cantik. Nampak lelaki lain lebih bagus dari pasangannya, dimana sering terjadi dalam tempoh pertunangan.

Oleh itu, pentingnya ilmu kewangan, keagamaan dan kekeluargaan dalam diri. Pelajarilah dari usia yang muda supaya tidak mengambil masa yang lama untuk melamar kekasih anda. Jangan malas membaca, dan jangan pula malu bertanya. Minta pendapat dari mereka yang lebih berpengalaman, terutamanya ibu bapa anda sendiri.

Dan Yang Penting, Jangan Malu Menerima Nasihat!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,916 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen