“Jangan Disebabkan Hutang Jahat, Hubungan Adik-Beradik Pecah Belah..” Jom Ikuti Perkongsian Ini.

 

Dalam hubungan adik-beradik sudah menjadi kebiasaan untuk menolong antara satu sama lain. Sentiasa ada disisi dikala senang dan susah. Namun, apabila terlalu kerap menyusahkan sudah tentu akan membuat salah seorang menjadi kekok, lalu hubungan sedikit renggang. Bukan sahaja dalam perkahwinan perlu ada Give & Take, hubungan kekeluargaan juga perlu ada sikap toleransi ini.

Tidak semua perkara kita perlu mengharapkan pergantungan dari adik-beradik terutamanya berkenaan dengan hutang. Lebih-lebih lagi sekiranya hutang tersebut adalah daripada sikap jahil kita yang suka sangat menambah hutang jahat seperti hutang kad kredit yang tidak membuat pembayaran penuh, hutang membeli kereta mewah semata-mata mahu riak, atau hutang membeli telefon bimbit.

Ikuti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini, demi mengelak hutang jahat….

********

1 - Jangan anggap hutang perkara enteng. Soal wang bukan soal main-main.

2 - Keluarga bercerai berai. Anak beranak berantakan. Adik beradik bertikaman.

3 - Kita hidup di zaman masuk tandas berbayar. Gagal urus wang, hidup penasaran

4 - Cubalah bezakan antara kehendak dan keperluan. Hutang jangan lebih 60% daripada pendapatan. Lebih rendah, lebih bagus. Tingkatkan simpanan andai berlaku musibah kewangan.

5 - Rancang setiap hutang. Pelan pembayarannya apa? Jika tersalah hutang, jeratnya menghimpit perasaan. Bina rancangan B bagi setiap hutang sedia ada.

6 - Pastikan ada takaful kesihatan. Pembayaran maksimum sekitar 10% hingga 15%. Penyakit kritikal kosnya mahal. Tak kan setiap kali sakit nak berebut giliran beratur berjam-jam? Ini bukan soal cerewet memilih, namun ini soal keselesaan ketika ditimpa kesakitan.

7 - Kecilkan cita-cita. Nak berniaga setakat yang kita mampu saja. Tak perlu impi nak jadi jutawan sekelip mata. #apeni Relax la... Bina perniagaan untuk jangka masa panjang. Bukan bina hari ni esok dah kaya raya.

8 - Modal berniaga sekitar satu bahagian di tangan. Lebihan sembilan sebagai back up dalam bentuk pelaburan yang mudah dicairkan. Paling mudah simpan emas di akaun dengan selamat dan jual secara online bila perlu. 24 jam akan dapat wang yang dimahukan. Tak mudah bocor dan mudah dicairkan andai kecemasan.

9 - Jangan main-main dengan hutang. Yang makan gaji pastikan dana cemas 12 bulan sebelum berhenti untuk perniagaan. Jangan dah terhantuk, baru nak terngadah penuh penyesalan.

10 - Kembangkan perniagaan perlahan-lahan. Usah terburu-buru semua mahu berhutang. Berniaga kecil kecilan tak apa. Asalkan bebas hutang dan tak menyusahkan orang. Aliran tunai mampan, boleh guna dokumen perniagaan untuk tambah harta pelaburan.

11 - Elakkan berlebihan dalam perniagaan. Kerana, berapa ramai yang bercerai berai dan berantakan kerana hutang? Hingga ada yang tidak termampu menanggung hutang lantas memilih kematian berbanding kehidupan.

12 - Berhutanglah mengikut kemampuan. Seeloknya hapuskan semua hutang yang tidak membawa kekayaan. ELAK HUTANG JAHAT SELAGI BOLEH. Guna dan niagalah apa yang ada di tangan.

13 - Oh ya... Simpan juga emas sekitar 10% hingga 15% sebagai pelindung kekayaan. Tak mampu banyak, PM akak guide cara simpan emas secara berdikit di akaun simpanan emas GAP.

14 - Beli dan jual emas di hujung jari saja. Sertai team emas KEKAL, setiap hari bicara 200 ahli kami berkisarkan kewangan. Bertangguh membina harta, lama kelamaan yang ruginya kita

Salam sayang - Marlia Ramli

#kongsiilmu

#learnfromobservation

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,517 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen