“Anak Tantrum, Ibu Bapa Perlu Rileks…” Kongsi Wanita Ini.

 

Memiliki anak kecil yang sering merajuk, meraung, membaling barang, dan suka menunjukkan perasaan ini sering membuat para ibu bapa pening kepala. Anak emosi, ibu bapa turut beremosi juga. Untuk mendapatkan tips berkenaan denga isu ini, jom ikuti perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian…..

********

Dalam buku the rules of parenting yang zaty tengah baca sekarang, dia ada sebut tentang RULES OF STAYING SANE. Peraturan parenting yang pertama kita wajib amalkan sebelum nak go through other rules.

Staying sane maksudnya kita sentiasa ada dalam keadaan yang rasional.

Tak kira apa krisis, apa situasi mencabar yang sedang berlaku, kita boleh bertenang. Mampu berfikir dengan baik sebelum buat apa-apa tindakan. Emotion state kita berada pada tahap yang baik. Tak mudah nak melenting, nak mengamuk apatah lagi nak maki anak-anak bila anak buat salah.

Nak staying sane, perlukan latihan yang konsisten. Nak latih diri bersabar dan bertenang, perlukan latihan yang berterusan. Tak boleh target hari ni buat latihan bersabar, esok terus berjaya. Mustahil. Sebab sikap-sikap yang baik dan positif, dia kena tanam azam dalam diri dan kena lalui proses untuk matang.

Ambil masa. Yang penting kita usaha. Harini kita menjerit-jerit kat anak. Takpe. Cepat-cepat Istighfar dan sedar, cepat-cepat kita kawal lagi emosi yang tak baik tu supaya esok dapat jadi lebih baik.

Antara cara lain yang kita boleh terus nak staying sane :

1) Relax, relax, relax bila anak buat perangai.

Tarik nafas ikut hidung dan hembuskan ikut mulut. Jangan terus marah atau bertindak pukul anak. Ambil masa kita sekejap. Kalau apa yang anak buat tu kita boleh ignore, kita ignore je. Tak perlu semua benda anak buat kita nak marah, nak tegur. Lama-lama nanti kita juga yang penat.

2) No one is perfect.

Kita as parents bukan insan sempurna. Apatah lagi anak-anak. Jauhhhh dari kesempurnaan sebab akalnya baru sejengkal. Ini sebabnya tak semua benda anak buat kita kena betulkan dia atau marah. Nakal sikit-sikit tu kan biasa untuk budak-budak. Enjoy tengok keletah dan karenah anak-anak selagi tak melampaui batas.

3) Know what you are good at.

Tahu apa kekuatan kita atau apa yang kita suka buat. Melukis, bakar kek, tanam pokok, baca buku, main skateboard? Apa sahaja yang kita suka buat, ajak anak-anak untuk join sekali ataupun buat something special/surprise untuk anak-anak. Siapa-siapa pun akan rasa dihargai bila kita sudi spend quality time together.

4) Tak perlu ikut SEMUA tips dan nasihat parenting yang kita tahu/dapat.

Apatah lagi ikut bulat-bulat cara orang lain asuh dan besarkan anak-anak. Sebabnya lain anak lain personalitinya, peribadinya dan sikapnya. Itu yang penting sangat kita tengok anak-anak dengan mata hati kita. Selalu kaji dan analisis setiap perangai yang anak kita buat. Rajin cuba dan adjust cara terbaik untuk menangi hati anak-anak kita.

Pendek kata, hidup anak-anak bukan tentang apa yang kita nak dia jadi. Bukan. Tapi tentang macam mana kita nak gilap personaliti dan kebolehan anak hingga dia berjaya jadi manusia yang bermanfaat bila dah besar nanti.

Our children always need sane parents. Kita sendiri akan dapat enjoy banyak sangat perkara bila kita berjaya kawal diri dan emosi, bila kita sentiasa bertenang dan berfikiran positif. Hidup kita pun nanti akan jadi lebih menyeronokkan.

Jom kita sama-sama cuba improve diri ya!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,403 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen