Anda Mempunyai Masalah Kesihatan Sekiranya Sering Tekan ‘Snooze’ Pada Alarm. Hati-Hati!

 

Sudah menjadi kebiasaan pada setiap individu untuk menetapkan jam penggera atau dipanggil Alarm Clock untuk memudahkan mereka bangun di waktu pagi. Jam penggera juga adalah salah satu kaedah untuk untuk menetapkan waktu jika anda mudah terlupa. Akan tetapi jam penggera ini pada zaman sekarang seolah-olah memudaratkan ramai individu kerana mempunyai alternatif untuk menunda waktu menjadi panjang.

Kaedah ini dipanggil sebagai ‘Snooze’.

Apabila terlalu kerap menekan butang ‘Snooze’ ia sebenarnya menandakan badan anda dalam keadaan yang tidak sihat kerana…

1. Sebenarnya badan anda lesu.

Badan anda sebenarnya letih dan lesu kerana itu terlalu kerap menekan butang snooze. Ini juga menandakan anda sebenarnya seorang yang kurang tidur. Tidak mempunyai tidur yang cukup, nyanyak dan lena sudah pasti membuat badan anda menjadi lesu. Apabila menjadi lesu, anda seolah-olah merasakan anda sebenarnya tidak cukup tidur, padahal anda memang tidak cukup tidur.

Jadi, jangan jadikan tidur lewat sebagai amalan gaya hidup anda. Ubah hidup anda dengan tidur lebih awal supaya tidak kerap menekan butang snooze.

2. Sukar untuk fokus pada sesuatu perkara.

Badan yang lesu juga akan menyebabkan anda sukar untuk fokus pada sesuatu perkara. Sebagai contoh ketika di pejabat, anda sering sahaja menguap kerana badan yang lesu dan tidak cukup tidur. Jika anda tidak fokus membuat kerja di pejabat ini akan menghasilkan kualiti kerja yang tidak bagus, malah prestasi kerja juga semakin menurun.

Apabila prestasi kerja semakin menurun, sudah tentu ia membuat anda tertekan dan mengalami kemurungan. Bila dah murung, mula la nak marah-marah majikan dan rakan sekerja.

3. Terlalu banyak minum kafein.

Bila badan lesu dan tidak cukup tidur, sudah tentu kita berpotensi mengambil kafein dengan banyak kerana mahu segar serta-merta sahaja. Bukan segelas, bukan dua gelas, tetapi bergelas-gelas kafein anda ambil dalam satu hari. Kafein yang terlalu banyak dalam tempoh satu hari sebenarnya tidak sihat untuk badan anda dan akan menghasilkan eye bag dan dark circle di sekeliling mata.

Wajah anda juga akan kelihatan tua daripada usia anda sendiri. Nanti orang cakap anda tua dari usia, marah pula.

4. Terjejas untuk melakukan banyak aktiviti.

Badan dah lesu, tak dapat fokus, terlalu banyak kafein sudah tentu menjejaskan diri anda daripada melakukan banyak aktiviti dalam satu hari. Lesu sepanjang hari membuatkan sel otak anda tidak produktif dan tidak mampu menghasilkan idea-idea yang bernas. Jika anda membiarkan perkara ini berlarutan tanpa senaman, sudah pasti terlalu banyak toksin dalam badan yang tidak dikeluarkan.

Kalau anda lihat rakan sekerja anda kurus walaupun makan banyak, namun tiada stamina dan lesu sepanjang hari. Mungkin disebabkan tidak rajin keluarkan toksin dalam badan, melalu senaman.

5. Set alarm dengan banyak.

Semua situasi yang tidak sihat ini pasti menjurus anda untuk set alarm dengan banyak. Siapa yang macam ni? Lebih baik mengaku!

Image result for snooze

Kredit Foto: Google


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,521 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen