Memiliki Kad Kredit, Bukan Menandakan Anda Seorang Yang Kaya.

 

Seronoknya swipe kad kredit dikala anda tidak memiliki tunai. Rakan-rakan yang melihat pun cemburu kerana gelagat anda seperti orang kaya. Semua tempat anda gunakan kad kredit, shopping semua barang yang anda mahu miliki, lepak kedai hipster pun guna kad kredit, mahupun membeli barang dapur.

Wahhh…betul ke dengan memiliki kad kredit ni, anda sebenarnya seorang yang kaya?

Anda BUKAN seorang yang ‘kaya’ jika…

1. Tidak mahu semak penyata kad kredit anda.

Mereka yang rajin melihat penyata kad kredit akan tahu dimana duitnya sentiasa dibelanjakan. Ada sahaja sebahagian daripada kita yang begitu malas untuk menyemak penyata kad kredit kerana seolah-olah tahu dimana duit itu disalurkan. Takut nanti ada caj tersembunyi, interest atau bunga dan sebagainya. Malah tidak mahu mengaku masalah sendiri seperti shopaholic atau terlebih belanja.

Ini kerana, tidak mahu hati berasa susah dengan jumlah hutang yang sudah melampau jumlah maksimum.

Pada mereka yang tidak memiliki kad kredit, pasti akan menulis semua wang masuk dan keluar, begitu juga dengan kad kredit, cuma ia ada penyata dimana lebih mudah untuk semak. Sebab itu kad kredit ada penyata kerana untuk memudahkan pelanggannya.

2. Menggunakan terlalu banyak kad kredit.

Dah guna, tapi taknak bayar.

Kemudian selalu lewat bayar balik hutang kad kredit. Dah bosan, tambah lagi kad kredit yang lain.

Sememangnya anda bukan seorang yang kaya sekiranya bersikap sebegini. Anda hanya menambah hutang sahaja. Gunakan satu kad kredit yang sesuai dengan anda agar dapat mengawal perbelanjaan. Sebagai contoh pilih kriteria kad kredit yang dapat memberi anda manfaat pada sesuatu perkara seperti ada rebate sekiranya belanja pada sesuatu tempat, cash back, untuk perbelanjaan petrol dan sebagainya.

Atau pilih kad kredit Islamik.

3. Tidak membuat bayaran penuh.

Jika anda bukan seorang yang suka menyemak penyata, sudah pasti anda tidak suka membuat bayaran penuh pada kad kredit anda. Apabila membuat bayaran minima sahaja, kita akan dicaj dan dikenakan dengan bayaran yang lebih mahal. Ini yang akan menyebabkan hutang kad kredit anda menjadi lebih tertangguh dan lebih banyak.

Hati-hati!

4. Menggunakan kad kredit dengan nafsu dan emosi sendiri.

Apabila berbelanja mengikut hawa nafsu dan anak tekak sendiri sahaja sudah tentu menjurus anda menjadi seorang yang pemboros. Tidak kaya juga sebenarnya, sekiranya anda memiliki kad kredit tetapi pemboros. Anda juga mudah terpengaruh dengan rancangan di televisyen yang menggunakan kad kredit seperti Go Shop dan seumpama dengannya.

Kawal nafsu shopping anda ya!

5. Tidak tahu gunakan sebagai manfaat untuk diri sendiri.

Yang guna kad kredit hanya tahu shopping sahaja.

Namun, tahukah anda bahawa kad kredit adalah sebagai batu loncatan untuk pembiayaan bank yang lain. Sekiranya anda masih belum memiliki apa-apa pembiayaan ini, ini adalah salah satu peluang untuk anda bina rekod yang baik di mata bank.

Dengan mengamalkan bayaran penuh setiap bulan, rekod anda menjadi cantik seperti di laporan kredit CCRIS. Jadi bank akan lebih mudah untuk memberi kita fasiliti kredit yang lebih besar seperti pinjaman kereta dan rumah.

Jadilah Orang Yang Kaya Dan Bijak!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,956 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen