Apa Pentingnya Lakukan Anggaran Ketika Berbelanja?

 

Bagi mereka yang suka berbelanja secara rawak dan mengikut kata hati, pasti anda akan selalu berdepan dengan tiada simpanan ataupun tiada wang yang mencukupi pada hujung bulan bukan? Mana tidaknya anda selalu berbelanja mengikut kemahuan anda.

Mungkin melakukan anggaran ketika hendak berbelanja ini agak sukar bagi mereka yang tidak pernah melakukannya. Ini kerana anda perlu menyekat kemahuan anda serta menyekat kewangan anda. Namun begitu, anda perlu melakukan perancangan dan anggaran yang bijak agar anda tidak mengikat perut pada hujung bulan.



Mari ketahui mengapa pentingnya lakukan anggaran ketika berbelanja.

1. Anggaran dapat mencegah pembaziran.

Setiap perancangan atau anggaran yang dibuat sebelum berbelanja pastinya akan memberi kebaikan kepada anda. Setiap anggaran yang dilakukan dan dibuat itu dapat mencegah daripada pembaziran, bukan itu sahaja anda juga akan berjaya membuat anda mengawal keinginan anda terhadap perkara yang tidak diperlukan.

2. Wang dapat berlanjutan hingga hujung bulan.

Jika anda berbelanja mengikut kemahuan anda, pasti wang anda akan mula berkurangan dari sehingga belum sampai hujung bulan wang ada telah habis. Jadi jika anda melakukan perancangan dan anggaran di setiap pembelian anda, maka wang yang ada itu akan bertahan hingga hujung bulan. Jadi apabila hujung bulan anda tidak akan berdepan dengan masalah mencatu makanan.

3. Anda akan miliki barangan yang sama tapi pada masa yang berlainan.

Dengan melakukan setiap anggaran dalam perbelanjaan, anda dapat menghadkan kemahuan anda. Anda boleh menyimpan kemahuan anda dengan membelinya pada bulan hadapan. Maka dengan itu, duit yang ada itu terlebih dahulu diletakkan sebagai tabungan kecemasan sebelum anda mula membeli sesuatu yang anda inginkan.


4. Akan mempunyai simpanan.

Jika anda selalu merancang wang anda dan melakukan anggaran di setiap perbelanjaan, maka anda akan mempunyai sedikit simpanan walaupun ianya hanya 10% daripada gaji anda. walaupun kadarnya agak sedikit, namun ia masih memberikan hasil apabila anda menyimpan secara konsisten sepanjang tahun.

5. Baki wang setiap bulan boleh dijadikan wang kecemasan.

Jika anda mengamalkan perkara ini, pasti anda akan mempunyai lebihan wang daripada bulan tersebut. Maka wang yang ada miliki itu boleh anda gunakan sebagai tabung kecemasa. Di mana jika anda mengalami perkara yang tidak dijangka, maka anda boleh menggunakannya sebagai pelindungan anda.

Setiap perancangan dan anggaran ini sememangnya agak sukar untuk dilakukan sekiranya anda tidak biasa melakukannya, namun jika anda cuba untuk terapkan amalan ini dalam diri anda pasti anda tidak akan berhadapan sebarang masalah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,823 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen