Macam Mana Nak Jadi Lelaki Yang ‘Kaya’ Di Mata Kekasih Anda? Jom Ikuti Tips Ini.

 

Para lelaki pada zaman sekarang hanya tahu merungut dan melempiaskan marah sama ada di sosial media atau pada kekasih mereka, jika ada masalah kewangan. Memang benar lumrah seorang lelaki adalah dengan ego yang tinggi, sukar untuk menafikan keadaan dan situasi diri sendiri. Namun, jangan terlalu ego sehingga makan diri.

Hanya mampu melihat kekasih pergi pada orang lain yang lebih stabil kewangannya.

Padahal dalam hati menangis. Dalam hati ada taman.

Selepas ditinggalkan kekasih, baru nak berubah. Baru bersungguh-sungguh nak simpan duit untuk perkahwinan. Baru nak timba ilmu kewangan.

Sebagai seorang lelaki yang bakal bergelar suami dan pemimpin keluarga, ikutilah tips ini supaya kekasih anda mampu melihat usaha anda yang sebenar…

JANGAN TERLALU SELESA DENGAN KEADAAN DIRI YANG SENTIASA ‘KEBOCORAN WANG’.

Buang ego anda berkenaan dengan hal kewangan ini. Anda perlu jujur dengan diri sendiri tentang tahap kewangan anda sendiri. Jangan jadikan ia kebiasaan…

“Ouh, aku tiap-tiap bulan duit tak cukup, nak buat macam mana, redha je lah…”

Anda seperti okay je dengan situasi sebegini. Ketika bujang boleh lah anda ‘Okay’ sahaja dengan situasi ini, lepas kahwin nanti merana anak-anak dan isteri. Jadi, ketika bujang inilah anda perlu pelajari apakah kesan dari ‘kebocoran wang’ setiap bulan ni.

MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT TENTANG BETAPA KRITIKALNYA MASALAH INI YANG BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA DIRI ANDA.

Bila dah sedar tentang kewangan anda sendiri, bangkit dan cari nasihat dari yang lebih pakar. Timba ilmu kewangan dan ketahui kesan-kesan sekiranya anda tidak mampu menyimpan dari duit gaji anda sendiri. Cari pakar kewangan yang berpengalaman supaya anda tahu mengenai pelaburan. Bukan hanya tahu wasiat dari keluarga sahaja.

Memang dalam faraid, anak lelaki akan memiliki harta yang lebih banyak dari ibu bapa nya. Namun, adakah ia cukup untuk keluarga anda? Adakah cukup untuk jangka masa yang panjang?

Sekiranya anda langsung tiada pengetahuan tentang hal ini, tidak hairan sekiranya duit gaji banyak pun, anda sentiasa kebocoran.

KENALPASTI KESAN KEBOCORAN KEWANGAN PADA KEKASIH ATAU BAKAL ISTERI ANDA.

Dah jadi kekasih, mestilah nak jadikan bakal isteri, siapa pula mahu bercinta lama-lama lepastu tak jadi. Maka, anda perlu tahu kebocoran wang setiap bulan ini bukan sahaja menjejaskan diri anda ketika bujang seperti ditinggalkan kekasih.

Ia juga mampu menjejaskan dalam jangka masa yang panjang iaitu terjaminkah masa depan anda dengan bakal isteri sekiranya setiap bulan kebocoran?

Disinilah anda perlu tahu tentang:

  • Mana hutang yang baik atau jahat.
  • Buat pelaburan yang berisiko rendah dahulu walaupun pulangan yang sedikit. Nanti dah mahir baru buat pelaburan berisiko tinggi seperti mempunyai dua rumah atau saham.
  • Simpanan 6 bulan gaji sebagai kecemasan.
  • Perlindungan takaful bajet yang sesuai untuk anda dan keluarga.
  • Simpanan bulanan tetap 10% daripada gaji anda.
  • Kemudian carilah kereta yang memuaskan diri sendiri malah bakal isteri anda nanti. Keselesaan isteri adalah penting bagi setiap suami.

Nak jadi lelaki kaya, bukan dengan duit dan harta semata-mata sahaja. Anda perlu menjadi lelaki yang bijak merancang kewangan dan jangan terlalu leka dengan duniawi!

Usaha sebegini yang dipandang oleh wanita zaman sekarang. Nanti dah dapat beli kereta yang diidamkan barulah kekasih tak lari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,647 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen