Mari Kenal Pasti 8 Jenis Buah-Buahan Yang Mengandungi Gula Yang Tinggi.

 

Memakan buah sememangnya bagus untuk tubuh badan kita. Ini kerana buah-buahan ini membekalkan vitamin kepada tubuh badan kita secara tidak langsung membantu tubuh badan kita untuk kekal sihat. Secara semula jadi, buah sememangnya agak manis tetapi tidak semua jenis buah mengandungi kuantiti gula yang sama.

Selalunya kita akan beranggapan bahawa semua jenis buah-buahan ini baik untuk tubuh badan kita, maka ramai yang lebih memilih untuk makan buah dengan kuantiti yang lebih banyak dari sepatutnya. Bukan itu sahaja, ada yang mengamalkan memakan buah sebelum tidur kerana mahu mengelakkan perut yang lapar serta malas untuk memakan nasi.

Sebelum anda mengamalkan gaya hidup seperti itu, anda seharusnya mengetahui akan kandungan gula di dalam buah tersebut. Hal ini kerana, tidak semua buah-buahan miliki kandungan gula yang rendah. Jika buah-buahan itu miliki kandungan gula yang tinggi ia tidak sesuai untuk di makan ketika waktu malam ataupun sebelum tidur.



Berikut adalah 13 buah-buahan yang mengandungi gula yang tinggi:

                               

1. Laici.

Buah ini manis dan dia mengandungi kadar gula yang tinggi. Menurut US Department Of Agriculture (USDA), secawan buah laici mengandungi hampir 29 gram gula.

                                 

2. Anggur.

Tidak seperti buah-buahan yang lain, jumlah gula dalam buah anggur ini berbeza-beza mengikut jenis anggur tersebut. Menurut USDA secawan anggur tanpa biji yang berjenama Thompson mengandungi lebih 23 gram kandungan gula. Walaupun anggur ini merupakan salah satu buah yang mengandungi kalsium yang tinggi tapi pastikan anda sentiasa berwaspada pada pengambilannya.

                               

3. Mangga.

Buah mangga sememangnya menyelerakan sebagai pembuka selera sesiapa sahaja. Tapi tanpa anda sedari bahawa buah ini mempunyai kadar gula yang tinggi. Berdasarkan Eat This, Not That mendapati secawan buah mangga ini mengandungi lebih kurang 22.5 garm gula. Tetapi pengambilan sebiji buah mangga adalah lebih daripada itu.

                              

4. Nenas.

Selain tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah asid dalam perut, nenas juga mengandungi tahap gula yang tinggi. Buah ini akan memberikan kesan yang berbahaya kepada pengemarnya sekiranya diambil secara tidak terhad. Menurut VeryWell Fit mendapati secawan buah nenas mengandungi lebih 16 gram gula. Namun biasanya kita akan mengambil lebih daripada itu, maka pengambilan gulanya juga akan berganda.


                               

5. Pisang.

Sebagai buah yang sering kali dimasukkan dalam menu diet harian, buah pisang juga mengandungi paras gula yang tinggi. Walaupun rasanya tidak semanis buah-buahan yang lain, tetapi USDA mendapati sebiji pisang bersaiz medium mengandungi sekurangnya 14.4 gram gula. Namun begitu, buah pisang mengandungi pelbagai komponen yang sihat untuk tubuh badan.

                               

6. Apple.

Buah ini dipercaya dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita, tapi pada masa yang sama ia mengandungi gula yang tinggi jika diambil secara berlebihan setiap hari. Well + Good melaporkan bahawa secawan buah epal ini mengandungi 11 gram gula tetpi jika anda mengambil bersama kulitnya ia turut dapat menghadamkan fiber kepada anda.

                               

7. Strawberi.

Terdapat satu lagi buah segar yang boleh membuat kadar gula dalam darah melonjak dengan cepat. Strawberi juga boleh dimasukkan dalam senarai buah yang mengandungi gula yang tinggi. Bukan hanya glukosa sahaja yang tinggi tetapi sucrose juga tinggi dalam sebiji strawberi ini.

                                

8. Durian.

Nampaknya sangat jelas bahawa durian adalah buah yang mencetuskan banyak penyakit serius, termasuk tekanan darah tinggi. Kesan sampingan makan buah durian sangat penting untuk diperhatikan. Durian adalah buah yang paling dilarang untuk dimakan oleh orang yang menghidap diabetes. Bukan hanya kerana kandungan gula yang tinggi, tetapi kandungan alkohol di dalamnya juga sangat besar.

Pelbagai jenis buah lagi yang mungkin mengandungi kadar gula yang tinggi, tapi anda perlu sentiasa bijak dalam pengambilannya kerana rata-rata buah ini manis rasanya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen