Nak Muka Flawless? Berapa Kerap Kita Perlu Buat Facial Sebenarnya? Jom Baca.

 

Menjadi kaum wanita, masalah utama adalah apabila memiliki kulit wajah yang kusam. Kadang-kala orang di sekeliling tak faham, kita mengenakan solekan setiap hari bukan untuk menayang kecantikan semata-mata, tetapi malu dengan kulit wajah yang tidak bermaya, dark circle, eye bag dan seumpama dengannya.

Terutamanya bagi bakal pengantin, pasti mengambil masa yang lama untuk membuat facial jika memiliki kulit wajah yang sensitif dan banyak jerawat.

RAMAI JUGA DIKALANGAN KAUM WANITA, TERTANYA-TANYA BERAPA KALI SEBENARNYA KENA BUAT FACIAL SUPAYA WAJAH SENTIASA BERSERI?

Menurut pakar dan kajian dari New York, kita perlu melakukan facial sekurang-kurangnya sekali sebulan. Namun, sebenarnya ia terpulang pada jenis kulit kita sendiri. Oleh sebab itu, sebelum mahu melakukan facial atau rawatan muka, kita perlu tahu adakah tempat itu adalah dari golongan dermatologist, ahli pakar dan seumpama dengannya?

Jangan main serbu je, muka nak guna lama. Nanti makin teruk, menyesal seumur hidup.

Menurut pakar:

“Saya selalu mengesyorkan pelanggan melakukan rawatan muka sekali sebulan. Kulit anda mengalami kondisi yang berbeza bergantung pada musim dan juga gaya hidup. Jadi, sebaiknya check-in ke pakar aesthetic untuk mendapatkan rawatan muka terbaik,”

Sekali sebulan merupakan waktu paling ideal kerana kitaran perolehan sel kulit kita adalah 28 hari, jadi mendapatkan rawatan profesional lebih dari sekali sebulan boleh merosakkan dan merengsakan kulit.

Walaubagaimanapun…

Walaupun pakar mengesyorkan sekali sebulan, tetapi terdapat juga sesetengah rawatan sebagai contoh HydraFacial yang hanya disyorkan sekali setiap tiga bulan. Segalanya bergantung kepada jenis kulit dan kebimbangan yang dialami, jadi penting berunding dengan profesional untuk meletakkan pelan terbaik bagi kulit (dan bajet anda).

HydraFacial – HydraFacial adalah satu alat yang membersih, menggelupas, dan kemudian memasukkan serum ke dalam kulit.

Sebelum membuat temu janji, ada beberapa perkara penting yang anda perlu dititik beratkan iaitu:

  • Elakkan tempat yang terlalu sibuk sehingga anda boleh mendengar siren polis, bomba dan sebagainya. Ini kerana, tempat yang tenang amat digalakkan ketika membuat rawatan facial ini.
  • Elakkan tempat yang tidak kemas atau tidak mementingkan hygiene.
  • Elakkan tempat yang kurang terang. Malap je semua tempat, nak masuk pun rasa was-was.
  • Elakkan tempat yang tidak diiktiraf oleh doktor pakar.
  • Elakkan tempat yang tiada testimoni dari doktor pakar, kerana jika sebarang rawatan tidak diuji terlebih dahulu, khuatir muka anda yang jadi experiment nanti!

DAN ADAKAH FACIAL DI RUMAH SEPERTI MENGGUNAKAN BARANG DI DAPUR SAMA MANFAAT DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PROFESSIONAL?

Boleh ke facial mask dilakukan di rumah?

Adakah kebaikannya sama seperti profesional?

Jawapannya TIDAK.

Tetapi masih ada banyak yang anda boleh lakukan di rumah. Sebagai contoh jade roller atau dermaroller, yang rawatannya ringan tidak memudaratkan keadaan kulit. Ia mungkin tidak menawarkan manfaat sama dengan profesional tetapi sekurangnya ia masih menawarkan banyak manfaat sekaligus rawatannya ringan.

Yang penting konsultasi dengan pakar dermatologi jika anda mengalami masalah kulit.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen