Nak Cantik Macam Fazura? Jom Ikuti 3 Tips Ini.

 

Sudah sedia maklum, isteri kepada Fattah Amin ini, sentiasa kelihatan cantik dengan senyumannya yang menawan. Nur Fazura Sharifuddin atau dipanggil mesra dengan Fazura atau Kak Faz sentiasa cuba mengamalkan konsep hidup yang sentiasa positif walaupun banyak dugaan yang telah dihadapi. Setelah berkahwin dengan Fattah Amin juga, Fazura kelihatan lebih cantik berseri.

Fazura juga telah berkongsi rahsia untuk memiliki badan yang sihat dan wajah yang cantik seperti:

1. Tidak Minum Ais Dan Sentiasa Minum Teh Hijau.

Fazura sentiasa mengamalkan tidak minum ais sejak dari muda remaja lagi. Dia langsung tidak minum ais atau sebarang air sejuk yang akan melemahkan imunisasi badan seperti demam, selesema dan sakit dada berpanjangan. Malah, rutin hariannya juga sentiasa minum teh hijau panas pada setiap pagi sebelum sarapan.

Sebab tu badan Fazura maintain sihat sehingga sekarang. Menurut kajian juga, di Jepun mengamalkan 5 gelas sehari untuk mereka panjang umur. Di China pula, mereka percaya teh hijau mampu melindungi tubuh mereka daripada penyakit kronik. Wow!

Selain daripada itu, Fazura mengamalkan minum air kosong tanpa ais yang cukup kerana ia bagus untuk hidrasi berpanjangan dan peredaran pencernaan yang sihat.

Di samping itu, air panas (yang bukan mendidih) sangat baik untuk kesihatan badan yang lain seperti

  • Melegakan hidung yang tersumbat jika anda mengalami selesama.
  • Membantu merangsang pencernaan.
  • Untuk membersihkan kulit wajah dan sentiasa awet muda.
  • Mampu menurunkan berat badan anda jika anda campur dengan hirisan lemon.
  • Mampu melegakan sembelit.
  • Dan yang penting mampu mengeluarkan toksin dalam badan anda, atau dipanggil detoks.

2. Waktu Tidur Yang cukup.

Bagi Fazura waktu tidur yang cukup paling penting sekali dalam menjaga kecantikan dalaman dan luaran. Masa tidur yang digalakkan untuk manusia dewasa ialah 7 hingga 9 jam sehari. Tidur yang cukup dapat memberi kesihatan mental dan fizikal yang terbaik sekaligus menyerlahkan kecantikan dalaman anda.

3. Pentingkan Senaman.

Fazura juga tidak pernah skip senamannya kerana mampu meningkatkan tahap stamina, melancarkan peredaran darah dan kesihatan diri yang lain. Sebagai selebriti yang sibuk dengan kerjayanya sudah tentu Fazura amat memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melakukan sebarang aktiviti.

Mudah dan simple sahaja tips Fazura untuk sentiasa kelihatan cantik, dan sihat sepanjang hari. Jom ikuti 3 tips mudah ini, mana tau boleh cantik macam Fazura, kan? =)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,826 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen