Perkongsian Tentang Hibah Yang Kita Perlu Tahu.

 

Ramai tak diantara kita sebenarnya tahu tentang hibah? Dalam keluarga, pasti kita sering terdengar bahawa ahli sering bergaduh mengenai harta pusaka dan wasiat. Jadi, apa pula yang dimaksudkan dengan hibah ini? Setiap keluarga perlu tahu hibah adalah pemberian yang ada manfaat.

Menurut Islam pula, hibah adalah akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain tanpa sebarang balasan (‘iwad). Dengan kata mudah, hibah adalah hadiah dari pemberian seseorang. Dan ia adalah amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam.

Pelaksanaan hibah juga disebut dalam hadis Rasulullah SAW. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: “Nabi SAW menerima dan membalas hadiah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Untuk mengetahui penjelasan dan situasi tentang asas hibah, jom ikuti perkongsian dari Encik Nur Firdaus yang telah berkongsi di laman facebooknya 2 tahun lepas…

********

Raya baru-baru ini, saya mendengar lagi ada satu pergaduhan keluarga yang agak hebat berkaitan tanah pusaka.

Datuknya telah lama meninggal, dan meninggalkan sejumlah tanah. Barangkali pesanannya tidak ditulis dan direkodkan oleh peguam atau beliau sendiri. Instrumennya juga tidak dikenalpasti sama ada beliau itu berwasiat, atau berhibah, atau biarkan sahaja (faraid).

Hasil perbualan saya sejak 2 tahun kebelakangan ini pula mendapati bahawa ramai juga yang tidak mengetahui tentang apakah yang dikatakan sebagai HIBAH.

Pengetahuan biasa kita, selepas mati, harta akan diagih-agihkan (faraid), ataupun ia akan dibahagikan mengikut wasiat si mati.

Hibah adalah jalan pelepasan harta selepas mati yang sangat baik.

Dalam Islam, setiap harta ada tuannya. Pemilik barang di kedai ialah penjualnya. Pemilik barang yang dibeli ialah pembelinya. Bagaimana pula barang atau harta orang yang baru mati?

Ia tetap ada tuan. Tuannya ialah Syarak. Jika tidak dibuat hibah atau wasiat, harta ini kembali sekejap kepada syarak sebelum ia pergi kepada tuan barunya melalui instrumen faraid.

Sebab itu jangan kita pertikaikan portion faraid. Itu bukan harta ayah kita lagi. Ayah kita sudah tiada hubungan dengan harta tersebut. Pemilikannya kembali kembali kepada Allah dan Allah sendiri yang membahagikannya. Memang biadap dengan Allah jika kita bergaduh tentang faraid. Diulangi sekali lagi, itu bukan lagi harta ayah kita.

Berbalik kepada Hibah, ia sangat mudah. Hibah ialah kita merekodkan pelepasan harta (selepas mati nanti) semasa kita masih hidup.

Jumpa agen-agen pengurus harta, dan buka 1 fail. Antara wasiat dan hibah, saya prefer hibah kerana wasiat ada hadnya, tidak boleh semua. Baki wasiat akan tetap difaraidkan.

Bila dibuat hibah, semua orang tidak boleh berbuat apa-apa.

Saya berikan 1 situasi:

  1. Pakcik Salman ada 2 rumah Banglo di Setiawangsa. Semasa hidup, beliau menyiapkan fail hibahnya dengan rekod:
  2. Rumah pertama untuk anak sulungnya.
  3. Rumah kedua untuk anak bongsunya.
  4. Pakcik Solmen ada 2 rumah Banglo di Damansara. Semasa hidup, beliau tidak berbuat apa-apa sehinggalah ajalnya sampai. Kesannya.
  5. Rumah pertama difaraidkan dengan portion sekian-sekian
  6. Rumah kedua juga difaraidkan dengan portionnnya.

Besar bezanya. Bagi kes pertama, semuanya berjalan lancar. Peguam akan menguruskan sahaja pertukaran pemilikan harta atas dokumen hibah tadi.

Situasi kedua?

Memang kurang lancar (kebiasaan di Malaysia). Dalam Faraid ada ramai penerima. Ikut keadaan. Nenek ada, makcik mungkin ada, orang tu ada orang ini ada.

Ia antara punca pergaduhan. "Eh kau tiba-tiba datang kenapa? Giler ghete?" Kesian kena marah. Walhal memang namanya ditulis oleh Syarak sebagai penerima faraid.

Jadi, untuk peace of mind, sementara hidup ini dokumenkanlah hibah harta. Rumah dalam loan pun boleh asalkan kita pemilik penuh dan tiada sekatan harta.

Nak lagi surprise, senyap-senyap dokumenkan wakaf. Menganga semua lepas kita meninggal. Senyum jenazah kita.

********

Semoga dijadikan Iktibar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,164 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen