Baju Tidur Yang Tidak Bertukar Menyumbang Kepada Masalah Kesihatan?

 

Rata-rata daripada kita beranggapan bahawa baju tidur adalah sukar kotor kerana penggunaannya yang terhad, di mana ianya hanya digunakan pada waktu malam sahaja. Ramai yang kerap berulang kali menggunakan baju tidur yang sama. Bahkan ada juga yang tidak menukar baju tidur sehingga seminggu lamanya.

Tahukah anda bahawa baju tidur ini sebenarnya tidak sesuai untuk digunakan berulang kali. Hal ini kerana ia akan mengganggu kesihatan anda serta rutin pagi anda. Dari segi luaran, kita lihat baju tidur kita itu kelihatan bersih dan boleh digunakan lagi, tapi kita tidak tahu berapa banyak kotoran yang telah melekat pada baju tersebut.



                          

Berikut adalah sebab mengapa anda perlu menukar baju tidur anda setiap hari.

1. Pagi anda akan terasa lemah.

Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.

2. Tidur tidak nyenyak.

Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.

3. Badan berbau.

Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.


4. Mudah didatangi jerawat.

Jerawat adalah perkara yang tidak menyenangkan, tapi ramai yang tidak tahu bahawa jerawat ini boleh dicegah. Apabila anda tidak menukar baju tidur anda, pelbagai jenis bakteria, minyak, dan sel kulit mati mula terbina pada pakaian anda. Ia akan membuat liang-liang roma anda tersumbat secara tidak langsung mengalakan penumbuhan jerawat pada tubuh badan dan wajah anda.

5. Mudah menerima alahan.

Tidur dengan baju tidur yang sama juga boleh menyebabkan anda dijangkiti alahan. Alahan debu, asma, dan gangguan pernafasan lain akan menjadi lebih buruk pada waktu malam, kerana ia akan menyukarkan anda untuk bernafas ketika berbaring.

Mula tukar pakaian tidur anda setiap hari, jangan kitar semula baju tersebut melainkan anda telah membasuhnya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen