Penting! Jika Anak Kecil Mengalami Alergik, Jangan Ambil Ringan, Terus Dapatkan Rawatan!

 

Ibu bapa jangan ambil ringan terhadap anak-anak yang mengalami allergik, kerana ia berkemungkinan adalah masalah kesihatan iaitu alahan terhadap makanan. Ada sahaja ibu bapa hanya menganggap ia adalah masalah kecil dan tidak perlukan rawatan. Jika sejak dari kecil anak-anak tidak mendapatkan rawatan dan tiada pencegahan, takut nanti melarat menjadi teruk.

Ibu bapa perlu tahu bahawa alahan terhadap makanan ini kebarangkalian daripada genetic dan faktor pemakanan. Kebarangkalian seorang kanak-kanak itu menghidapi alahan makanan adalah 20-40% sekiranya salah seorang daripada ibu bapa menghadapi alahan dan 25-35% seorang daripada adik beradik menghadapi alahan.

Namun kebarangkalian ini meningkat kepada 40-60% sekiranya kedua ibu bapa menghidapi alahan dan semakin tinggi 50-80% sekiranya kedua-dua ibu bapa mempunyai alahan yang sama. Bagi ibu bapa yang tidak menghidapi alahan, kanak-kanak turut mempunyai kebarangkalian sebanyak 5-15% untuk menghidapi alahan makanan.

Berdasarkan kajian pula, didapati ramai kanak-kanak di bawah 1 tahun alah terhadap susu lembu, soya dan telur, diikuti dengan ikan dan makanan laut.

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:

  • Susu lembu
  • Telur
  • Legum (kacang soya dan kacang tanah)
  • Kekacang (kacang badam, kacang gajus, kacang pecan, kacang pistasio, kacang walnut)
  • Ikan
  • Hidupan laut yang bercangkerang (udang, ketam, sotong, kepah, kerang, tiram, siput dan sebagainya)
  • Bijirin (gandum, oat, barli, jagung)
  • Makanan lain (epal, ubi kentang, lobak merah, seleri, kiwi, pisang, avocado, betik dan sebagainya)

APAKAH TANDA-TANDA SESEORANG ITU MENGHIDAPI ALAHAN MAKANAN?

Reaksi alahan terhadap makanan kebiasaannya melibatkan 3 bahagian utama iaitu sistem pencernaan, kulit dan sistem pernafasan. Kebanyakan reaksi alahan makanan adalah ringan namun bagi sesetengah individu boleh mengalami reaksi yang teruk sehingga mengakibatkan maut.

Tanda-tanda dan gejala-gejala alahan makanan termasuklah :

1. Sistem pencernaan.

  • perut memulas.
  • rasa loya.
  • muntah.
  • cirit birit.

2. Kulit.

  • Gatal-gatal pada kulit
  • Angiodema – bengkak kelopak mata dan bahagian badan yang lain
  • Ekzema – kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih

3. Sistem pernafasan.

  • Lelah atau termengah-mengah dan sukar untuk bernafas
  • Anaphylaxis iaitu reaksi teruk yang berhubung kait dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah dan terkejut malah boleh mendatangkan kematian.

PENCEGAHAN

1. Penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama dapat melindungi bayi. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan sehingga 24 bulan atau lebih.

2. Bagi bayi yang berusia di bawah 6 bulan, sekiranya susu formula diperlukan, maka susu formula boleh digunakan berdasarkan perkara di bawah:-

  • Bagi individu yang tiada sejarah alahan makanan di kalangan ibu bapa dan adik beradik, susu formula biasa boleh diperkenalkan.
  • Bagi kanak-kanak yang mempunyai sejarah alahan makanan di kalangan ibu bapa dan adik beradik, maka susu formula separa hadam kebiasaannya dilabelkan “HA” atau “hypo-allergenic” boleh diperkenalkan selepas mendapat nasihat doktor.
  • Perhatian:- susu formula separa hadam ini tidak sesuai bagi kanak-kanak yang telah didiagnosa alahan terhadap susu lembu.
  • Susu soya dan susu mamalia lain seperi susu kambing tidak digalakkan bagi mencegah alahan makanan.
  • Bayi yang mengalami masalah ‘cow’s milk allergy’, hanya sesuai minum susu ibu atau susu yang dihidrolisis sepenuhnya. Sila dapatkan nasihat doktor.

3. Pengenalan makanan pejal kepada bayi harus bermula pada usia 6 bulan ke atas.

  • Apabila bayi mula bersedia, perkenalkan makanan baru satu persatu selama 2 hingga 3 hari. Sekiranya berlaku reaksi alahan, elakkan makanan tersebut.
  • Mulakan makanan seperti bijirin dan hasil bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Makanan sumber haiwan seperti ikan, ayam, daging dan telur perlu diperkenalkan satu demi satu sehingga tiada tanda alahan.

Menurut kajian, melewatkan pengambilan makanan pejal kepada bayi boleh mengelakkan risiko alahan, namun tiada cukup bukti yang kukuh menyatakan pengelakan makanan yang menyebabkan alahan seperti telur, kekacang, legum, ikan dan sebagainya boleh mencegah alahan.

RAWATAN

Di antara rawatan alahan makanan yang boleh dilakukan:

Bagi kes yang telah dikenal pasti, mengelakkan pengambilan makanan yang menyebabkan alahan makanan merupakan langkah yang paling berkesan. Dapatkan nasihat Pegawai Perubatan dan Pegawai Dietetik sekiranya perlu. PENTING!!

Kedua ibu bapa dan penjaga perlu menimba ilmu pengetahuan berkaitan:-

  • Cara-cara mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti membaca label makanan dan pemilihan makanan ketika menghadiri majlis-majlis keraian.
  • Mengenal pasti tanda-tanda alahan makanan serta pengurusan awal sekiranya reaksi alahan berlarutan.
  • Pengehadan makanan secara keterlaluan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan seterusnya, menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut. Dapatkan nasihat Pegawai Dietetik.
  • Pastikan bayi dan kanak-kanak diberi makanan seimbang mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia.
  • Rawatan ubat seperti epinephrine, antihistamin, steroid. Dapatkan nasihat doktor.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,552 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen