Tip Idea Curi Hatinya Di Talian!

 

“Alahai, macam mana nak pikat hati dia.. dia dah la jauh, SMS jelah peneman kitorang. Belum tentu dia akan suka kat aku”.



Pernah terfikir macam ni ?

Ahhhh, lupakan semua fikiran negatif! Walaupun hanya berhubung melalu talian sahaja kamu berdua juga boleh jatuh cinta

Tak percaya ?

Cuba tanya kenalan-kenalan kamu, pasti ada yang akan mengaku mereka berkenalan dahulu di talian kemudian baru berjumpa dan jadi pasangan bercinta.

Tetapi, memang lah tidak semudah itu! Ada beberapa strategi yang harus kamu pasang jika ingin mencuri hatinya. Nak tahu apakah antaranya ?

Si dia pasti akan tersenyum sepanjang hari!



SMS KOSONG.

Ini merupakan satu taktik lama, tapi ia masih boleh di gunakan. Di saat yang tidak di duga, apa kata kamu hantar satu sms kosong padanya dan tunggu sehingga si dia reply. Ayat pertama si dia pasti “kenapa hantar text kosong ?”. Jangan terus jawab, sebaliknya cuba bergurau sedikit dengannya dengan ayat seperti “eh, saya tak buat apa-apa telefon saya ni mungkin rindukan telefon awak, maaf ya atas kenakalan telefon saya” secara spontan si dia pasti akan tergelak dan mula berbual dengan kamu.

KIRIM GAMBAR.

Selain itu, kamu juga boleh guna satu trick yang sangat old school iaitu menghantar gambar-gambar lucu kepadanya. Percayalah, bila dua hati boleh tergelak dalam masa serentak, perasaan sayang dan cinta pasti akan timbul di hujung gelak tawa mereka. Jadi, cubalah buat si dia terusik dengan kenakalan kamu itu.

TELEFON / JAWAB TELEFON DENGAN AYAT KELAKAR.

Trik ini bukan hanya untuk jejaka sahaja. Kamu juga boleh lakukan! Cuba kamu telefon atau jawab panggilannya dengan ayat-ayat yang tak masuk akal tetapi lucu. Contohnya, "Hei morning, good looking, watcha got cooking?" atau mungkin kamu juga boleh guna ayat “awak, kenapa awak call ? saya tengah sibuk ni! Saya sibuk carik hati saya kat mana tah. Awak ada nampak ? saya rasa ada  seorang budak lelaki dah curi then dia letak dekat mana tah!”. Si dia pasti akan tergelak melihat kecomelan kamu dengan ayat spontan seperti itu.



PUJIAN.

Setiap orang memang suka di puji termasuklah ‘crush’ kamu itu kan? Jadi, tiada salahnya jika sehari itu kamu puji dirinya melalui sekeping SMS dan biarkan si dia terawang-awangan dengan pujian kamu atau kamu juga boleh berkata si dialah satu-satunya kini yang rapat dengan kamu. Kata-kata Cinta

GUNAKAN EMOTICON.

Setiap pesanan ringkas kamu jangan lupa sertakan sekali emoticon yang comel dan sweet-sweet atau mungkin kamu juga boleh hantar satu pesanan ringkas yang mempunyai emotikon sahaja dan terus hantarkan pada si dia. Taktik ini akan membuatkan pasangan kamu tertanya-tanya dan akhirnya kamu berdua akan mula berbual.

JAWAPAN SINGKAT & TERGANTUNG.

Untuk menarik perhatian si dia untuk terus berkomunikasi dengan kamu. Apa kata hantar pesanan ringkas atau jawab segala pertanyaan si dia sependek yang mungkin. Sememangnya lelaki memang suka berdiam diri dan bercakap sependek yang mungkin, tetapi bila kamu berbuat demikian secara tidak langsung si dia pasti ada perasaan ingin tahu. Sedikit demi sedikit pasti kamu berdua akan terleka dengan perbualan kamu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,795 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen