Jangan Pernah Putuskan Hubungan Silaturahim Antara Keluarga. Nasihat Imam Muda Asyraf.

 

Sebagaimana Allah swt telah berfirman:

'Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka perbaikilah (perhubungan) antara dua saudara kamu yang bertelagah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu semua mendapat rahmat'. (Surah al-Hujurat: 10).

Ayat di atas telah memperjelaskan bahawa setiap muslim itu adalah bersaudara. Antara kita semua adalah saudara. Maka oleh itu, kita semua dituntut untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan perpecahan umat.

Sesungguhnya persaudaraan dalam Islam dibina atas dasar Iman kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw:

'Seseorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Maka janganlah menzaliminya dan juga janganlah membiarkan dia dizalimi. Sesiapa yang menunaikan kehendak saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menunaikan kehendaknya.

Sesiapa yang membantu meringankan penderitaan saudaranya maka Allah swt meringankan penderitaan-penderitaannya. Sesiapa yang menutup (keaiban) seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak'. (Hadith riwayat al-Bukhari).

Hadith ini menjelaskan kepada kita tentang ganjaran bagi mereka yang memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim. Dengan menjaga hubungan persaudaraan ini Allah swt memelihara segala urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Contohnya apabila kita membantu saudara kita dengan rasa ikhlas kerana Allah swt maka Allah akan menunaikan segala hajat yang kita pinta kepada-Nya. Begitulah juga kita disuruh agar membantu saudara kita dengan meringankan kesedihan mahupun penderitaannya kerana Allah akan meringankan segala penderitaan kita ketika bertemu-Nya di akhirat kelak.

Daripada hadith ini juga kita diminta untuk menutup keaiban dan apa sahaja kecelaan yang terdapat pada manusia lain kerana apabila kita menutup keaiban mereka maka Allah akan menutup segala keaiban kita.

Apabila menyebut tentang persaudaraan sesama muslim maka ianya melibatkan hubungan kita bersama ahli keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Persaudaraan paling utama yang perlu dititik beratkan ialah hubungan silatul rahim sesama ahli keluarga iaitu mereka yang ada hubungan kerabat.

Contoh yang paling utama ialah seseorang anak itu perlu menghormati kedua ibubapanya dengan mengikut segala perintah mereka berdua selagimana ianya tidak bertentangan dengan syara'.

Begitulah juga dengan menjaga hubungan silatulrahim sesama ahli keluarga yang lain.

Amat menyedihkan apabila ada dikalangan masyarakat kita yang tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga malah ada yang sanggup memutuskan tali silatul rahim yang telah terjalin sejak sekian lama.

Sesungguhnya hubungan silatulrahim ini cukup besar dan utama di sisi Allah swt.

Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah ra, Rasulullah saw telah bersabda:

'Sesungguhnya hubungan silatul rahim itu akan tergantung dengan Arash. Dan dia berkata : 'Sesiapa yang menyambungkan aku maka Allah akan turut menyambungkan ia'. (Hadith Muttafaq 'Alaih).

Pemahaman daripada hadith ini ialah sesiapa yang menjaga kukuh ikatan silatul rahim ini maka Allah swt akan menjaganya dan merahmati segala perjalanan hidupnya di dunia ini sehinggalah bertemu-Nya.

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw turut bersabda:

'Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silatul rahim'. (Hadith riwayat al-Bukhari).

Daripada hadith ini jelas menceritakan kepada kita bahawa sesiapa yang menjaga hubungan silatul rahim maka Allah swt akan memudahkan urusan kehidupannya dengan memurahkan rezeki kepada hamba-hambaNya dan juga pada masa yang sama Allah memanjangkan usianya bersama-sama nikmat-nikmat tersebut.

–Imam Muda Asyraf-

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,149 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen