Ibu Ini Kongsi Pengalaman Indoor Playground Yang Tidak Menjaga Kebersihan Tempatnya, Jom Baca.

 

Hari minggu adalah hari meluangkan masa untuk anak-anak. Ada ibu bapa yang akan melakukan perancangan untuk membawa anak mereka ke mana. Biasalah pada hujung minggu inilah ibu bapa dan anak-anak akan dapat luangkan masa bersama lebih banyak.

Playground adalah tempat yang sentiasa menjadi pilihan ibu bapa. Playground ini terbahagi kepada dua iaitu indoor dan outdoor. Biasanya ibu bapa akan lebih suka memilih indoor playground. Hal ini kerana, ia terletak di dalam pusat membeli belah dan keadaan di dalamnya sedikit sejuk jika hendak dibandingkan dengan outdoor playground yang lebih panas.

Bukan itu sahaja, pemilihan indoor playground ini juga memudahkan ibu bapa untuk berbelanja barangan keperluan harian mereka sementara anak-anak pula menghabiskan masa dengan bermain.

Tapi berlainan pula dengan pilihan Puan Nazirah Nur Mukmin ini. Menurutnya, beliau lebih tidak akan memilih indoor playground sebagai tempat anak-anaknya bermain lagi. Mengapa? Ikuti perkongsian darinya.



"Kenapa Saya Sudah Tidak Memilih Tempat Ini Sebagai Lapangan Mainan Anak.

Hujung-hujung minggu macam ni, saya tengok ada mak ayah yang bawak anak-anak pi main di mall-mall. Pesanan saya, tengoklah tempat tersebut. Takut-takut ada najis dan tak bersih.

Dulu kami suami isteri kerap bawak anak-anak pi ke tempat-tempat mainan macam ni. Sebabnya? Anak-anak suka (budak-budak memanglah suka kan), Tempat macam ni ada dalam mall, jadi tak panas, senang kami nak tunggu, agak-agak lapaq boleh terus makan di kedai-kedai berdekatan.

                            

Tapi sejak tahun lepas kami dah tak bawak lagi. Sebabnya?


1. Kami tengok sendiri seorang kanak-kanak kencing dalam lautan bola ni. Lepas tu dia lap-lap saja teloq dengan bola. Alamak! Agaknya dia tak tahan kot. Suami saya bagitau ayah budak tu dia marah-marah saja anak dia. Tapi tak bagitau pekerja. Kami panggil pekerja, rupanya dia hanya mop saja kawasan yang kena kencing dan masih lagi bukak area tu. Sedangkan bola-bola banyak dah yang terkena. Walaupun kita dah cakap najis tapi tetap dibukak, jadi kami ambik keputusan keluar terus. Kami serik!

2. Ada anak yang selsema, “seh” hingus (seh ni bahasa KL hembuih kot) dan tenyeh saja hingus tu di dinding gelongsor. Which is tak baguih la. Boleh berjangkit kot.

Atas sebab tu kami dah jarang sangat bawak ke playground dalam mall. Nak main bawak ke taman. Bawak gerek. Main la puas-puas kot tepi tasik ka, mana-manalah.

Saya takmau sebut nama tempat tu, cuma hati-hatilah. Beringat sebelum kena. Kalau anak tak sihat tak payahlah bagi campoq dengan orang lain. “Peduli apa anak orang, bukan anak aku, yang penting anak aku seronok” Kalau ada yang pikiaq laguni, jangan marah kalau penyakit anak orang berjangkit kat anak kita satu hari nanti. Lani zaman Allah uji cash. Allahul musta’an. Selamat berhujung minggu. Tapi esok senin dah no. Dok heran awat sat sangat weekend ni. Siapa ada jawapan?"


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen