Anda Ibu Bapa Yang Bagaimana Bagi Pandangan Anak-Anak? Jom Ketahuinya Melalui Perkongsian Ini.

 

Setiap keluarga mempunyai gaya tersendiri untuk mendidik anak-anak. Malahan, mempunyai cara tersendiri untuk membentuk dan melentur anak-anak.

Tak semua cara kita sama.

Namun, pasangan ibu bapa perlu mengenali dan mengetahui diri sendiri supaya dapat tahu untuk mendidik anak dengan cara yang bagaimana. Ini kerana cara didikan ibu bapa akan dapat dilihat dan dinilai oleh masyarakat, dimana mereka hanya memandang kekurangan dan keburukan sahaja pada sesebuah keluarga.

Jadi, jom ketahui anda ibu bapa yang jenis macam mana melalui perkongsian dari Encik Nur Firdaus ini melalui laman facebooknya…

********

Secara umumnya, ada 2 paksi utama yang menentukan sama ada anak kita ini akan menjadi good person atau to be good person (no 'bad person' in my dictionary). Paksi pertama ialah NATURE (fitrah) dan paksi kedua ialah NURTURE (bentukan). Kita tengok tentang Nurture kerana ianya berada di bawah usaha dan kawalan kita.

Dalam bab Nurture ini, ada 2 perkara yang menjadi faktor penentunya iaitu:

  1. Ibu bapa/ keluarga
  2. Persekitaran

Menurut Baumrind (yang kemudiannya dikemaskinikan oleh Martin dan Maccoby), terdapat empat jenis corak parenting ibu bapa dalam mengasuh anak-anak iaitu:

JENIS 1 -  Anak perlu dengar kata, tanpa membantah!

  • Bersifat autokratik.
  • Menetapkan peraturan secara mutlak, hanya perlu ikut.
  • Anak sedikit jelas/ kurang jelas tentang apa yang boleh dan tidak boleh.
  • Anak kurang/ tidak dapat menyuarakan personal view.
  • Tegas dalam membentuk.

JENIS 2 – Mahukan pandangan dan pendapat anak-anak.

  • Komunikasi dua hala.
  • Ibu bapa yang mendengar.
  • Menetapkan peraturan, tetapi beri ruang pendapat.
  • Anak jelas tentang apa yang boleh dan tidak boleh.
  • Anak boleh menyuarakan personal view secara hemah.
  • Tegas dalam membentuk.

JENIS 3 – Tidak kisah anak membuat keputusan sendiri.

  • Anak lebih dominan.
  • Bebaskan anak-anak dengan pilihan mereka.
  • Tidak menetapkan peraturan, atau…
  • Menetapkan peraturan tetapi tiada penguatkuasaan.
  • Anak tidak jelas tentang apa yang boleh dan tidak boleh.
  • Anak bebas bersuara dan memberi pendapat.
  • Tidak tegas dalam membentuk.

JENIS 4 – Ibu bapa yang krik krik krik….

  • Ibu bapa mengabaikan terus anak.
  • Anak hidup sendirian sahaja.
  • Tiada peraturan ditetapkan kerana memang ibu bapa 'hilang'.
  • Tiada pembentukan kerana memang ibu bapa 'hilang'.

Jenis 2 adalah yang terbaik dan menepati intipati al-Quran dan al-Sunnah. Ada perkara yang kita dengar dan terus taat, dan ada keadaan yang kita boleh bertanya. Keempat-empat gaya ini menghasilkan anak-anak yang berbeza. Jelas perbezaannya.

Bagaimana kita boleh terus menyalahkan ibu bapa, sedangkan kita pun tidak mengetahui mereka ini ibu bapa yang bagaimana?

Adakah Jenis 1 menjamin anak yang soleh dan taat?

Adakah Jenis 2 menjamin anak yang sentiasa mendengar kata?

Adakah Jenis 3 dan 4 akan merosakkan terus anak-anak dan tiada harapan lagi?

Kita pun tidak boleh menjawabnya. Hanya anak-anak yang (boleh) tahu bagaimanakah ibu bapa mereka.

Gaya parenting adalah satu faktor penentu, tetapi ia belum mutlak kerana ada 1 lagi faktor yang juga sangat mempengaruhi, iaitu persekitaran anak-anak.

Mohonlah maaf andai kita terhambur kata-kata kejian terhadap ibu bapa tersebut. Barangkali mereka telah berusaha membentuk, tetapi faktor persekitaran 'mengalahkan' mereka. Jika benar apa yang kita cerita (negatif), ia umpatan. Jika salah faktanya, ia fitnah. Namun kedua-duanya ada kategori kesalahan yang tersendiri iaitu BERKATA NISTA.

#SayangiAnakAnak

____________________________

FAKTA MINDA

1. 4 perkara ini dipanggil Gaya Keibubapaan/ Parenting Styles

2. Teori ini diasaskan oleh Diana Baumrind, kemaskini oleh Martin dan Maccoby.

3. Istilah bagi gaya-gaya keibubapaan

--- Jenis 1: Authoritarian

--- Jenis 2: Authoritative

--- Jenis 3: Permissive-Indulgent

--- Jenis 4: Rejecting-Neglectful

4. Ia diukur dari dua dimensi iaitu sejauhmana ibu bapa memberi respons (responsiveness) dan sejauhmana ibu bapa menghendaki sesuatu dari anak (demandingness). Bahasa mudahnya, setakat mana aku beri, dan setakat mana aku nak dari kamu.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen