Cara Untuk Seorang Isteri Mencantikkan Diri Demi Suami Menurut Islam.

 

Untuk para isteri, mencantikkan diri untuk suami bukan hanya dengan solekan dan menjaga badan semata-mata. Itu hanyalah luaran yang boleh dipandang oleh suami sahaja. Hiasi diri dengan hati yang bersih seperti:

1. Rajin berwuduk.

Wuduk adalah salah satu aktiviti yang dilakukan sebelum solat sebagai penyempurna ibadah. Malahan dengan wuduk juga sebenarnya dapat menghiasi wajah anda kerana ketika membasuh muka, noda dan kotoran akan luntur. Wuduk juga untuk menggugurkan dosa-dosa. Oleh itu perbanyakanlah berwuduk disetiap waktu seperti saat hendak keluar rumah dan sebelum tidur malam.

Dikatakan oleh Abu Hurairah ra: 

“Aku mendengar Rasululah Saw bersabda, “Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan ghurran muhajjilin (wajahnya bercahaya dan badannya bersinar) kerana bekas berwuduk, maka barangsiapa mampu untuk memanjangkan ghurran hendaklah melakukannya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

2. Rajin Solat Tahajjud.

Ramai sahaja liat untuk melakukan solat tahajjud kerana ia dilakukan ketika sepertiga malam terakhir, dimana disaat ramai yang lena dibuai mimpi. Dengan beristiqomah dan berdisiplin melakukan solat tahajjud, ternyata memberi kita peluang untuk doa dimakbulkan oleh-Nya. Dan juga, aura dari wajah akan terpancar dengan indah sekiranya melakukan solat ini dengan ikhlas.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa yang banyak menunaikan solat malam, maka wajahnya akan terlihat tampan atau cantik di siang harinya.” (HR Ibnu Majah).


3. Rajin membaca Al-Quran.

Al-Quran bukan hanya sekadar buku karangan manusia. Namun sebuah firman Allah SWT yang teramat mulia. Dengan rutin membaca Al-Quran, jiwa akan tenang dan wajah kita menjadi berseri seolah mendapatkan nur dari Sang Ilahi. Maka itu, amalkan membaca Al Quran di setiap hari. Lakukan dengan ikhlas dengan niat beribadah kepada Allah SWT maka nescaya inner beauty akan terlihat dan membuat kagum orang lain.

4. Murah dengan senyuman.

Seseorang yang sentiasa murung, mencebik bibir dan berkerut dahi pasti ramai akan berasa jelek. Orang asing nak dekat pun takut, apatah lagi suami sendiri. Sentiasa lah bermurah dengan senyuman dan sejuk suami memandang, barulah suami sayang.

Menurut penelitian, tersenyum dapat membuat orang awet muda. Tersenyum juga mampu memancarkan kecantikan dalam hati (inner beauty). Dengan tersenyum, kita akan disayangi orang lain dan mudah memperoleh sahabat.

Dari Abu Dzar ra, dia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban).

5. Dapat menghindari sifat pemarah, sombong dan iri hati.

Cantik tidak hanya dibentuk dari luar. Seindah apapun wajah seseorang, namun bila ia mempunyai penyakit dihatinya (seperti iri hati, sombong) maka pastilah ia tampak jelek. Sifat-sifat tersebut membuat wajah terlihat gelap sehingga hilanglah nur alami dalam diri kita. Selain itu, hindari juga marah-marah.

Sebuah penelitian menyebutkan bahawa seseorang yang sering marah maka cenderung mengalami penuaan dini. Sebagaimana Hadits Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya di dalam jasad ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad tersebut. Jika ia buruk, maka buruk pula seluruh jasad itu. Ingatlah, bahwa ia adalah hati.” (HR. Bukhari).

Semoga Bermanfaat Dan Sentiasa Lah Menjadi Isteri Penyejuk Hati!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,151 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen