Kenapa Seorang Isteri Sukar Untuk Bercerai Demi Pertahankan Perkahwinan? Jom baca!

 

“Perempuan kalau dah sayang, nak bercerai dengan suami pun susah…”

“Perempuan kalau dah sayang, kena pukul dengan suami pun masih taknak salahkan suami…”

Sudah menjadi kebiasaan apabila kaum wanita menyayangi kekasih atau suaminya pasti sanggup terima lelaki itu seadanya. Muka tak kacak, duit tak banyak, kalau hati dah terpaut memang sukar untuk berpisah.

Kenapa ini terjadi? Jom lihat antara sebabnya…

1. Sebab anak-anak.

Majoriti para isteri masih bertahan dalam pernikahan hanya kerana anak-anak. Tidak sanggup melihat anak-anak hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. Ini kerana mereka tahu suaminya hanya boleh memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya sahaja, tetapi tidak lagi pada dirinya. Sebab itu begitu sukar untuk membuat keputusan untuk berpisah.

Dari segi aspek psikolgi juga, tumbesaran anak-anak menjadi terganggu sekiranya ibu bapa bercerai dalam keadaan mereka masih kecil. Sering bersendirian, memendam perasaan, sukar meluahkan perasaan dan ada juga yang marah secara tiba-tiba.

Oleh kerana itu, seorang isteri lebih memilih untuk mengorbankan perasaan mereka, demi melihat kebahagiaan anak-anak sahaja. Mahu melihat anak-anak boleh hidup lengkap dengan ada ibu dan bapanya.

2. Sebab kewangan yang tidak cukup.

Apabila hidup bersendirian, kewangan keluarga menjadi kucar-kacir seolah-olah tidak dapat membantu mereka menjalani kehidupan. Ada sahaja isteri yang takut, sekiranya dengan bercerai, mereka tidak mampu memberi perbelanjaan pada anak-anak secara keseorangan. Sekurang-kurangnya jika ada suami, boleh juga membantu dari segi kewangan seperti pendidikan dan keperluan anak-anak yang lain.

Dengan perceraian juga, pasti ada kos-kos untuk hadir ke mahkamah seperti peguam. Akhirnya si isteri hanya memutuskan untuk hadap sahaja masalah dengan suami dan bertahan selagi boleh.

3. Sebab sayangkan hubungan kekeluargaan.

Jika seorang isteri itu rapat dengan ibu dan bapa mertua, malah dengan ipar duainya, pasti sayang untuk bercerai. Malahan berasa malu sekiranya tidak mampu mempertahankan perkahwinan yang dulunya seperti tidak sabar untuk berkahwin.

“Dulu macam tak sabar nak kahwin, nampak bahagia…kenapa sekarang nak bercerai pula?”

Persoalan sebegini yang membuatkan para isteri menjadi buntu, dan akhirnya untuk tidak memutuskan hubungan dengan suami.

4. Sebab takut untuk mengambil risiko.

Apabila terlalu selesa dengan kehidupan dalam perkahwinan, pasti tidak mahu keluar daripada zon selesa itu. Seperti dah lali dengan makian suami, dah lali dengan pukulan suami sehingga dah tak rasa apa-apa.

“Tak apala, aku redha je dengan hidup macam ni…”

Jika tidak mengambil langkah untuk selamatkan diri daripada cengkaman suami yang melakukan keganasan rumah tangga, khuatir nanti akan muncul masalah lain seperti kesihatan mental dan emosi. Apabila seorang isteri yang tidak beremosi dan tawar hati, pasti ia akan mempengaruh minda anak-anak juga.

Jika situasi ini yang terjadi, perpisahan adalah jalan yang terbaik.

5. Sebab takutkan kesunyian.

Ada juga sebahagian isteri yang takut dengan kesunyian setelah berpisah dengan suaminya. Ini kerana mereka terlalu sayang dengan suaminya dan sanggup melakukan apa sahaja. Apabila sudah terbiasa dengan kehadiran suami walaupun sakit hati, pasti satu hari akan rasa kesepian dikala keseorangan. Sebab itu mereka memikirkan untuk tidak berpisah.

Namun, jika terlalu memudaratkan diri mintalah nasihat dari yang pakar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,353 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen