"Suami Adalah Pelindung, Walau Dalam Ketiadaan Kita Dia Melindungi Kita" - Hanis Zalikha.

 

Setiap wanita yang mengandung ini pasti mempunyai alahan yang berbeza, bahkan ada juga yang tidak mempunyai sebarang alahan sepanjang 9 bulan itu. Tapi setiap orang ini berbeza-beza, ada yang mengalami alahan pada trimester pertama sahaja dan anda yang berlanjutan hingga ke trimester kedua dan ketiga, semuanya bergantung pada bahagian masing-masing.

Seperti yang sedia maklum bahawa, Hanis Zalikha iaitu isteri kepada Hairul Azreen ini sedang mengandungkan anak kedua mereka. Maka pelbagai alahan yang sedang dirinya alami ketika ini, bahkan beliau juga turut berkongsi kisah alahannya di ruangan Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam perkongsiannya, Hanis memaklumkan bahawa beliau kini berada dalam trimester kedua. Namun pegalamannya ketika muntah di sebuah kafe tapi kerana sikap keperihatinan suaminya itu membuat dirinya faham bahawa seorang suami itu adalah perlindung buat isterinya.



                         

“I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi masih loya teruk. Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu. Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja.

Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik. Ya Allah cuba tahan taknak muntah (sebab sayang makanan & taknak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu. Dan buwekkkkk keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir.
Dalam 5minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa. Pastu duduk dan tunggu suami habis makan. Time ni dah tak larat nak makan apa-apa dah. Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa.


Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Taktau nak cakap lain camne tapi memang lain. Pastu suami cakap takde apa-apa. Tapi tak puas hati, tanya dia banyak-banyak lagi. Finally dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunyaaa). Pastu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat-sangat selama kedengaran Hanis muntah tu. Pastu time dia bayar kat cashier dia bising-bising sampai satu cafe dengar, dia cakap “apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah-muntah!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear).

So my husband walked up to him and said “ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”. Terus pakcik tuh macam “takdelah *mumble2*” dan berlalu pergi.

Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita.”

                           

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,905 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen