Antara Manfaat Yang Anda Dapat Ketika Mencuba Menghadapi Ujian Dari Allah SWT.

 

Setiap individu memiliki dugaan dan cabaran hidup yang berbeza. Malahan, setiap individu ini tidak boleh samakan kehidupan mereka dengan insan yang lain, kerana ujian Allah SWT terhadap hamba-Nya adalah berlainan mengikut takdir yang telah ditetapkan. Sama ada rezeki, jodoh, ajal semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.

Siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah SWT.

Oleh kerana itu, sebagai seorang Muslim, pasti kita sedaya upaya dan mencuba untuk menghadapi dugaan ini dengan beristiqomah. Tidak mudah untuk menghadapi segala dugaan keseorangan, kerana kita hanyalah manusia biasa dan bukannya seorang yang sempuran umpama malaikat. Malah, kita juga perlu hadapi dugaan dengan

Berusaha…

Berdoa…

Bertawakal…

Tidak boleh bertawakal tanpa berdoa….

Tidak boleh berdoa tanpa berusaha….

Namun, setiap dugaan dan cabaran hidup ini Allah SWT telah tetapkan dengan kemampuan diri kita sendiri. Tanpa kita sedar sebenarnya kita boleh menjadi seorang yang kuat dan tabah apabila yakin dengan ketentuan Allah SWT. Redha dengan segala perancangannya.

Mahu berubah menjadi seorang yang baik, solat 5 waktu, solat di masjid, menutup aurat bagi kaum wanita, adalah mudah. Namun, mahu beristiqomah sebaik sahaja setelah berubah itu yang menyebabkan seseorang menjadi terkandas, dan mula bertindak atau berkelakuan seperti masa silamnya.

Tahukah kita bahawa setiap cubaan ketika menghadapi ujian daripada-Nya akan:

MEMBUATKAN SESEORANG DEKAT DENGAN ALLAH DAN JAUH DARI KEMAKSIATAN.

Apabila manusia diuji oleh-Nya, kita sebenarnya menjadi semakin dekat dengan pencipta kita sendiri. Kita mula mencari siapa diri kita yang sebenar. Kita mula berdoa dan kita mula mengadu pada-Nya setiap hari selepas solat…

“Kenapa aku selalu buat dosa?”

“Apa yang aku nak sebenarnya?”

“Apa hikmah sebenarnya?”

Kita sebenarnya cuba mencari jawapan pada setiap persoalan. Semakin hari mencari dan mendapat jawapan, semakin hari kita dekat dengan Allah SWT. Dan kita menjadi yakin pada-Nya kerana diberikan jawapan. Sering mengungkap Alhamdulillah.

Di samping itu juga, apabila hati menjadi dekat dengan Allah, kita menjadi semakin jauh dengan kemaksiatan dan segala kemungkaran. Ini kerana kita mula merasa menyesal dengan tindakan masa silam yang membuatkan anda sebenarnya hilang identiti.

Jika seseorang menjadi semakin dekat dengan kemaksiatan dikala diuji oleh Allah SWT, ini berkemungkinan insan tersebut telah memilih jalan yang salah. Mindanya seolah-olah sesak melihat dengan kepelbagaian masalah, lalu cuba untuk mengalih perhatian daripada masalah tersebut.

AKAN CUBA UNTUK MENINGGIKAN DARJAT SENDIRI DAN MENAMBAHKAN PAHALA.

Jika kita istiqomah melakukan 5 solat pada awal waktu, kemudian ditambah lagi dengan pelbagai solat sunat kita sebenarnya cuba untuk meninggikan darjat diri bagi pandangan Allah SWT. Kita tidak lagi mengharapkan pandangan dari manusia. Darjat yang seumpama di syurga pasti semua insan mahukan dan secara tidak sedar Allah SWT memilih hamba-hambanya yang istimewa sahaja untuk diuji dan akhirnya diberi darjat yang tinggi di akhirat kelak.

Justeru, jangan lah kita menjadi lemah ketika dilanda pelbagai ujian dari-Nya, dan jangan pula merasa diri terlalu hina untuk bertaubat. Carilah hikmah yang tersembunyi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,146 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen