Kebahagiaan Akan Hadir Bila Kita Berusaha Mencarinya, Jangan Cepat Melatah.

 

Apabila mula menjejakkan kaki di alam perkahwinan, pasti banyak berlakunya perselisihan pendapat dan ketidak sefahaman, mana tidaknya permulaan hidup bersama orang yang masih asing lagi buat diri anda walaupun sudah bertahun bercinta itu adalah perkara biasa. Bercinta dan berkahwin adalah perkara yang berbeza.

Di mana bercinta anda tidak mengenali seluruh sikapnya, berlainan pula dengan berkahwin. Apabila berkahwin ini, anda perlu cuba memahami, mengenali dan mencari kesefahaman bersama untuk memastikan perkahwinan yang dibina itu berkekalan. Tidak cukup dengan itu, anda juga perlu banyak bersabar dalam menerima sikap dan perangainya setiap hari. Mungkin ada yang menyenangkan dan anda juga yang membuat anda rimas.

Tidak mudah mencari kesefahman dan kebahagiaan bersama ini apabila baru sahaja berkahwin. Mungkin anda perlu makan masa bertahun-tahun untuk mengenali suami atau isteri anda dengan lebih dekat lagi. Mari baca sedikit pandangan daripada saudara Amir Syahir ini, mana tahu ia mampu menambah kesabaran anda dalam mengharungi alam perkahwinan.



“Saya penat la asyik gaduh je dengan isteri saya.”

“Saya penat la suami langsung tak faham saya.”

“Saya rasa tak happy pun lepas kahwin.”

***

Ayat-ayat macam ni selalu kita dengar masa awal-awal kahwin. Biasalah tu. Kita kahwin dengan orang yang tak pernah kita kenal pun sebelum ni. Bukan darah daging kita, bukan saudara mara kita. Jadi, untuk mengenali pasangan tu mengambil sedikit masa sebenarnya.

Jangan stress, jangan cepat melatah. Hadapilah semua ini dengan tenang dan sabar. Kebahagiaan hadir bila kita berusaha mencarinya.


Cuba ingat balik. Kita yang pilih pasangan kita. Takde sapa yang paksa kita untuk kahwin dengan dia. Jadi, kita kena kuat dan sabar untuk melayari bahtera rumah tangga dengan insan yang telah kita pilih untuk sehidup semati kerana itulah jodoh Allah untuk kita.

Takde rumah tangga yang bahagia sentiasa. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bawa berbincang.

Jangan bila ada masalah masing-masing nak tunjuk ego. Tak nak mengalah, tak nak bawa berbincang. Akhir sekali, perpisahan menjadi keputusannya. Sedangkan masalah yang dihadapi tu boleh diselesaikan jika dibincangkan bersama

Kita tak akan dapat lihat pelangi jika tanpa diuji dengan hujan kan. Mungkin ada hikmah di sebalik ujian dan cabaran yang korang sedang hadapi tu.

Manusia mungkin boleh berubah. Bersabarlah sikit dan mungkin korang akan lebih bahagia selepas ini. Kah!

Buat anda yang masih baru lagi di alam perkahwinan ini, jangan terlalu gelojoh untuk miliki kebahagiaan. Ini kerana, kebahagiaan itu akan datang secara perlahan-lahan ke dalam rumah tangga anda kelak.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,905 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen