Langkah Miliki Hati Yang Bersih Dan Tenang.

 

Ketenangan hati adalah perkara yang setiap orang mahukan. Di mana apabila hati berasa tenang ini, banyak perkara yang negatif akan mula menjauh. Mana tidaknya, perkara negatif yang berpunca dari hati yang tidak tenang ini akan membuat kita kurang senang melihat kelebihan orang lain. Kita tidak mahu orang lain melebihi apa yang kita ada.

Rasa cemburu, hasad dengki, sentiasa tidak mensyukuri dengan apa yang kita miliki ini adalah punca hati kita tidak tenang. Jadi hati yang tenang dan bersih dalam kehidupan seharian kita. Namun untuk memiliki hati yang tenang ini bukanlah mudah, ia perlukan usaha yang berpanjangan. Mari ikuti sedikit perkongsian daripada Ustaz Ws Adli W Muhammad ini. Semoga setiap dari kita mampu miliki hati yang bersih serta tenang ini.



Berapa lama kita boleh bertahan memakai pakaian yang tidak berbasuh? Sudah pastilah, kita yang berakal sihat ini, tidak sanggup memakainya berulang kali selagi tidak dibasuh.

Tambah-tambah yang sudah mendatangkan bau.

Yang itu kita utamakan. Kebiasaan adatnya, sehari sahaja kita pakai, dah kena basuh. Pasti.

Bagaimana dengan hati pula?

Sepertimana kita suka kepada kebersihan diri, begitulah juga dengan hati.

Aduhlah. Tak tahulah hati kita ni bersih tara mana. Ada sahaja yang jadi rosak hati fasal hal oranglah banyaknya.

Orang bergurau sikit, kita sentap. Tengok orang pakai motor EX5, kita dengki. Nampak orang pakai kereta besar, kita kata dia main judi, main saham haram. Entah mana datang kekayaan dia.

Tak ada yang puasnya dalam hati.

Dapat pula orang tu kita benci. Tengok muka dah naik menyampah. Dia melangkah kaki ke depan dan ke belakang pun boleh jadi bahan nak bantai.

Itulah hati kita. Berehatnya ketika tidur. Itu pun kalau tak dibawa sakit-sakitnya hati ke dalam mimpi.


Jadi, bagaimana nak jadikan hati kita bersih dan tenang?

1. Lapangkan dada. Nampak orang senang dan maju daripada kita, ucapkanlah Alhamdulillah. Walaupun suatu ketika dahulu dia pernah menyakitkan dan merendah-rendahkan kita, lepaskanlah semua. Bagi hati jadi lega.

2. Tenangkanlah diri. Rajinlah membaca al-Quran. Jadikan amalan harian. Banyakkan zikir juga. Biar hati kita makin dekat dengan Allah. Tak usah tenang-tenangkan diri dengan benda tak berfaedah seperti main dadah, hidu gam dan berbuat perkara maksiat.

3. Fikir hal-hal positif. Jauhkan yang negatif. Baru lepas bergaduh dengan kawan, fikir sahajalah kebaikan yang pernah dia buat kepada kita. Selalu dahulu, bila berselisih faham pastilah kita terus cari yang buruk, lupa segala yang baik-baik. Kita lawan. Ambil yang positif.

4. Banyakkan membaca buku. Atau baca kisah-kisah pengajaran yang banyak dikongsi dalam media sosial seperti Facebook ini. Kurangkan dan tinggalkan membaca komen-komen yang dipenuhi bahasa-bahasa dan ayat kesat, ayat-ayat yang menggalak kepada adu domba dan perpecahan.

5. Pandang dan ingatlah sentiasa kepada orang-orang yang disayang. Mereka memberi senyum kepada diri. Mereka membawa rindu yang tidak berpenghujung, melainkan mati. Duduk ingat orang yang menyakitkan hati, hanya mendatang dan menambah dengki iri. Buat sakit apa, sedang bahagia selalu ada.

Begitulah kawan-kawan,

Masih ada di luar sana berbagai cara untuk sihatkan hati kita. Pilihlah mana yang terbaik, asal semuanya menguntungkan diri dan orang lain.

Kita usaha sama-sama perbaiki diri.

Azam hati.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,164 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen