Tips Psikologi Untuk Mendidik Anak Supaya Sentiasa Menjaga Solat.

 

Sebagai pasangan ibu bapa muslim, pasti mahukan keluarga yang Sakinah Mawaddah Wa Rahmah. Keluarga yang bahagia, harmoni dan penuh kasih sayang adalah salah satu penyebab suasana di rumah seolah-olah seperti Masjid. Sangat nyaman. Oleh itu, solat perlu dididik dari anak-anak masih kecil lagi supaya mereka tahu tentang keutamaan solat.

Solat kan tiang agama!

Mendidik tentang solat kepada anak-anak kecil pasti ibu bapa merasa sukar kerana anak-anak mula mempersoalkan soalan yang diluar kotak. Kenapa kena solat? Siapa Allah? Dan seumpama dengannya. Memang benar tidak mudah untuk menjelaskan sesuatu isu berkenaan dengan hal ini. Takut menyebarkan sesuatu yang tidak betul.

Jadi, jom ikuti perkongsian dari Puan Nur Syahirah dari laman facebooknya berkenaan untuk mengajar anak-anak sentiasa menjaga solat…

********

Saya ada terbaca 1 tips menarik,  bagaimana seorang ayah menggunakan psikologi supaya anaknya sentiasa menjaga solat.

[ibarat batang mancis]

Ceritanya bermula begini.

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan menggunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah:

No photo description available.

1. Jika tidak solat subuh, buang 2 batang mancis di kepala.

Ayah saya cakap, kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2. Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan.

Seolah saya berjalan tiada tangan.

3. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada.

ayah saya cakap, saya kalau tidak solat asar, saya jalan tiada dada.

4. Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut.

Jadi, saya jalan tiada perut. serupa hantu dah.

5. Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki.

Saya jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya,

Ayah saya cakap, kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. contoh, maghrib dan subuh, seolah-olah saya berjalan tiada kepala dan tiada perut. orang tengok pun akan lari. jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Semoga Allah bagi hidayah, moga Allah redha.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen