Wanita Yang Memakai Wangian Yang Kuat Hingga Menjadi Perhatian Lelaki Ini, Haram Rupanya...

 

Sesiapa sahaja suka memakai bau-bauan yang wangi di tubuh badannya. Mana tidaknya, tubuh badan yang wangi itu dapat memberi keselesaan kepada diri sendiri dan juga orang disekelilingnya. Sebab itulah kita digalakkan memakai wangi-wangian, tidak kiralah ketika hendak menunaikan solat, menyambut kepulangan suami, dan lain-lain lagi.

Namun bagaimana pula dengan wanita yang memakai wangian ketika hendak keluar rumah. Seperti yang kita tahu, bau wanita yang wangi akan menjadi perhatian buat orang lelaki. Jadi adakah wanita tidak dibenarkan menggunakan minyak wangi ketika hendak keluar rumah, ataupun wanita perlu mencari minyak wangi yang tidak terlalu kuat baunya?

Sebelum anda bertambah keliru dengan penggunaan minyak wangi terhadap wanita ini, apa kata kita baca sedikit perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidin tentang penggunaan minyak wangi bagi wanita.



Sedang duduk di tempat awam, tiba-tiba lalu seorang wanita di hadapan. Apa yang berlaku?

Kebanyakan lelaki yang berada di situ tak kiralah melayukah atau banglakah semua berpaling melihat gelagat wanita itu. Melihat disebabkan tertarik dengan bau wangian yang kuat menusuk ke hidung lelaki-lelaki tadi.

Bila berlaku adegan itu, saya langsung teringat satu hadis bagaimana Rasulullah SAW berpesan agar wanita-wanita muslim beriman supaya tidak memakai wangian kuat kerana ia akan menarik perhatian kaum lelaki. Ia boleh menaikkan nafsu syahwat lelaki.

                                


"Alah macam renungan si kucing jantan melihat ikan. Hanya menungga masa untuk terkam saja."


Memang ramai wanita yang mengenakan minyak wangi kuat begitu. Samaada mereka tak tahu, atau sengaja buat tak tahu ia tetaplah dilarang.

Menurut Alan Hirsch, MD Director of Chicago's Smell and Taste Treatment and Research Foundation, dia berkata:
"Pleasant aromas can actually stimulate parts of the brain directly connected to sexual desire…"

Ya, memakai bau-bauan apalagi yang kuat dan menarik perhatian mampu merangsang syahwat lelaki.

Kerana itu memakai wangian (kuat) itu juga disebutkan sebagai wanita penzina. Allahhu Rabbi.

Rasa berdebar-debar tak bila baca? Maknanya kalian masih ada iman di dada.

Baik, dalil mengatakan perempuan yang mengenakan minyak wangi kuat itu sebagai penzina disebutkan di dalam hadis. Dalilnya:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana wanita yang memakai harum-haruman, kemudian melintasi di hadapan satu kaum supaya mereka tercium bau harumannya, maka wanita itu adalah penzina.”
[Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4173 dan An-Nasa’ie, no.5126]

Imam al-Munawi r.a menyebutkan:

والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فقد هيجت شهوة الرجال بعطرها وحملتهم على النظر إليها، فكل من ينظر ‏إليها فقد زنا بعينه، ويحصل لها إثمٌ لأنها حملته على النظر إليها وشوشت قلبه، فإذن هي سببُ زناه بالعين، فهي أيضاً زانية
“dan perempuan jika mengenakan wangian lalu melewati satu majlis (yang padanya kaum lelaki) maka ia mampu menaikkan syahwat lelaki dan mendorong untuk memandang ke arahnya, maka setiap yang memandang ke arahnya, matanya telah melakukan zina. Perempuan itu mendapat dosa kerana telah memancing pandangan ke arahnya dan menjadikan hati lelaki tidak tenang. Ia juga adalah sebab berlakunya zina mata dan ia termasuk penzina.”
[Kitab Faydh al-Qadir, Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 5/27]

Justeru, hukum wanita yang memakai bau-bauan wangian harum semerbak itu haram sekiranya:

1. Memakai wangian haruman yang kuat baunya.

2. Memakai wangian haruman yang menarik perhatian (merangsang syahwat) lelaki ajnabi.

3. Memakainya di khalayak ramai termasuklah di tempat kerja yang ada percampuran kaum lelaki (tetap ditegah memakai wangian kuat di khalayak walaupun diizinkan suami).

4. Memakai wangian kuat walaupun untuk ke Masjid.



Imam Hajar al-Asqolani berkata:

“Apabila wanita keluar rumah memakai harum-haruman dan berhias, maka itu termasuk dosa besar sekalipun diizinkan suaminya.”

Bagi lelaki-lelaki yang melihat wanita tadi juga dikira berdosa dan termasuk dalam zina mata. Hah lelaki, sila jaga mata ya.

Dalilnya, sabda Rasulullah SAW:

“Setiap mata itu berzina dan seorang wanita apabila berwangi-wangian, kemudian melintas di hadapan, maka dia (seperti) berzina.”

Manakala untuk wanita yang berwangian dengan menggunakan haruman kuat untuk tujuan diperhiaskan kepada suami sahaja tak mengapa. Diharuskan. Malah digalakkan dan mendapat pahala asbab melayani suami.

Kesimpulannya, diharuskan wanita memakai wangi-wangian sekiranya:

1. Dipakai untuk perhiasan suami sahaja. Tak kisahlah yang berbau kuat atau tidak. Bukan apa, dapat juga menghilangkan bau bawang atau masakan. Biar senantiasa wangi, barulah harmoni.

2. Wangian yang sedikit untuk menghilangkan bau badan seperti deodorant, bedak, sabun wangi, losyen tidaklah termasuk dalam kategori yang dilarang.

3. Wangian yang dipakai ketika keluar rumah diharuskan yang baunya tidak kuat. Maksudnya jenis yang hanya bau untuk diri sendiri sahaja bila dipakai hingga tidak menyebabkan adanya tarikan syahwat. Caranya cuba calit di kulit, kalau baunya harum tak kuat tak apa. Tapi kalau calit, baunya kuat hingga orang tertarik itu yang diharamkan.

Ini berdasarkan dalil:

إِنَّ خَيْرَ طِيبِ الرَّجُلِ مَا ظَهَرَ رِيحُهُ وَخَفِيَ لَوْنُهُ وَخَيْرَ طِيبِ النِّسَاءِ مَا ظَهَرَ لَوْنُهُ وَخَفِيَ رِيحُهُ

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.
[Hadis Riwayat at-Tirmizi, no.2788]

Begitu juga pandangan yang disebutkan oleh al-Imam Badruddin al-‘Aini rahimahullah:

وإنما كان خير طيب النساء هو اللون دون الريح لأن اللون يجعل الزينة لهن وأما الريح فإنه إذا فاح منهن يتأتى منه فساد، ويخاف عليهن من الفتنة
“Adapun sebaik-baik wangian bagi wanita adalah pada warnanya dan bukan pada baunya kerana pada warna itu dijadikan perhiasan bagi mereka manakala bau sesungguhnya jika tersebar baunya (kuat sehingga dapat dihidu baunya) akan datang padanya kerosakan dan takut ke atasnya tertimpa fitnah.”
[Kitab Nukhabu al-Afkar fi Tanqih Mabani al-Akhbar, 9/97]

Semoga perbincangan kali ini memberi pencerahan kepada kita semua.

Berpada-padalah memakai wangian, itu lebih dekat kepada ketakwaan. Takwa, bukan takua, tauhu atau taufu fah.

Tolong pesan pada saudara-mara, keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan. Sharelah supaya semua orang dapat ambil manfaat bersama demi kebaikan dunia akhirat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,167 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen